Nikmati sajian Thai mewah lagi menggoda di restoran Peppermint
Nikmati sajian Thai mewah lagi menggoda di restoran Peppermint
Pengunjung restoran di Parkroyal Collection Marina Bay berpeluang menang sepasang tiket penerbangan ke Bangkok berserta penginapan percuma
Rasai kehangatan budaya Thai dengan ‘Tantalising Thai’, iaitu pengalaman bufet istimewa di restoran Peppermint, Parkroyal Collection Marina Bay. Setiap hidangan bufet ‘Thai Yang Menggoda’ itu mengundang senyuman dan keseronokan untuk dikongsi bersama.
Di bawah sentuhan Chef de Cuisine Leon Yee dan pasukan kulinarinya, sajian 2026 di Peppermint ini mempersembahkan kepelbagaian rasa autentik Thai yang memukau rasa.
Dilancarkan pada Ramadan ini, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai resipi tradisional turun-temurun menarik dari Sukhumvit, yang disertai layanan mesra bertaraf lima bintang, dari 13 Mac hingga 17 Mei.
Siri makanan terbaru ini mempersembahkan santapan halal mewah untuk semua generasi. Setiap hidangan yang disediakan pasti membawa kegembiraan dan sempurna dinikmati seisi keluarga.
SYURGA PENGGEMAR HIDANGAN THAI
Bagi penggemar cita rasa Thai, bufet ini membawa anda menyelami dunia masakan penuh keseronokan. Setiap sajian menyeimbangkan rasa pedas, manis, masam dan masin, sambil menonjolkan kekayaan resipi yang memikat hati.
Mulakan pengalaman kulinari anda dengan hidangan Tom Yum Talay, sup laut Thai klasik yang pedas dan sentiasa menjadi pilihan ramai.
Hidangan lain yang harus dicuba termasuk Pu Phad Phong Kari (ketam goreng kari dengan kerepek nasi) dan Whole Silver Catfish in Lime and Chilli Broth – satu suapan sahaja, anda pasti terpikat.
Jangan lepaskan peluang mencuba sajian kegemaran ramai lain, seperti Hoi Tad (telur dadar kerang garing), Roasted Duck in Red Curry, dan Thai Massaman Curry Lamb Ribs. Setiap rasa dijamin memuaskan dan membuat anda tersenyum.
Pengalaman makan malam anda tidak lengkap tanpa mencuba sajian istimewa lain, seperti Josper Grill, daripada Lemongrass Roasted Wagyu Beef Short Plate with Green Mango hingga ke Grilled Chicken Skewers.
Setiap hidangan dipenuhi aroma herba dan rempah ratus Thai yang segar, membangkitkan pengalaman autentik Bangkok dalam versi mewah dan memikat.
MAKAN & MENANG PERCUTIAN KE BANGKOK!
Lebih menarik lagi, setiap pengunjung Peppermint dari 13 Mac hingga 17 Mei layak menyertai Cabutan Bertuah Utama secara automatik.
Seorang pengunjung bertuah akan membawa pulang sepasang tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi Thai Airways, tajaan Lembaga Pelancongan Thailand, bagi penginapan empat hari tiga malam di hotel Parkroyal Suites, Bangkok.
Setiap hidangan diperkaya dengan herba dan rempah ratus Thai yang eksklusif. Nikmati pengalaman indah anda menjamu selera di ‘Tantalising Thai’ bersama keluarga tersayang... lebih ramai, lebih meriah!
“Malah, setiap kunjungan memberi peluang kepada anda untuk menjadi pemenang bertuah, sekali gus menambah kemanisan pengalaman anda di bulan penuh istimewa ini,” kata Penolong Pengarah Komunikasi Pemasaran Parkroyal Collection Marina Bay, Singapura, Encik Long Zinuan.
Hubungi talian 6845-1111 atau e-mel kepada peppermint.prsmb@parkroyalcollection.com untuk tempahan.
SEKILAS
Harga bufet di Peppermint:
– Jamuan malam hari biasa (Isnin hingga Khamis, 6.30 petang - 10 malam): Dewasa: $98++, kanak-kanak (6 -12 tahun): $49++
– Jamuan malam hujung minggu (Jumaat, Sabtu dan Ahad, 6.30 petang - 10 malam): Dewasa: $112++, kanak-kanak (6 - 12 tahun): $56++
– Makanan percuma disediakan untuk kanak-kanak berusia bawah enam tahun.

