Restoran Peppermint di Hotel Parkroyal Collection Marina Bay menampilkan bufet makanan Thailand, Tantalising Thai, yang terkenal.
Kali ini, bufet istimewa itu menampilkan cef selebriti Thailand, Cef Jareuk Sriaroon, yang terkenal melalui program seperti, MasterChef: The Professionals, Top Chef Thailand dan The Next Iron Chef.
Bersama pasukan kulinari Peppermint yang diketuai Chef de Cuisine Leon Yee, Cef Jareuk menyajikan hidangan klasik yang diolah dengan sentuhan sajian makanan tempatan atau gerakan yang dipanggil ‘farm-to-table’.
Pelanggan boleh menikmati hidangan seperti Beef Soup Hang Wua, ekor lembu Wagyu pedas dalam sup beraroma, serta Seafood Tower Tom Yum Hotpot yang disiapkan dengan serai, cili dan limau segar dari kebun hotel itu.
Bufet itu turut menampilkan stesen masakan ‘live’ yang menambah suasana sajian jalanan termasuk Thai Waterfall Grilled Beef Salad (Neua Nam Tok) dan Thai-style Mussel Omelette (Hoi Tod) yang rangup.
Penggemar daging pula boleh mencuba Thai Style Slow Roast Wagyu Beef Belly dengan sos kari merah atau Crying Tiger Grilled Beef (Suea Rong Hai) yang pedas dan beraroma.
Thailand juga terkenal dengan pelbagai jenis kari, seperti Bamboo Shoot Curry with Chicken (Kaeng Per); Massaman Curry Lamb Ribs (Gaeng Massaman Neua Kae); serta hidangan laut seperti Wok-fried Yellow Curry Crab Meat (Pu Pad Pong Kari); dan Rock Lobster in Pineapple Curry (Gaeng Khua Sapparod Lobster); yang menggabungkan rasa manis, pedas dan masin.
Alamat: 6 Raffles Boulevard, Singapura 03959
Harga: Makan tengah hari pada hari bekerja, Isnin hingga Khamis, 12 tengah hari hingga 2.30 petang
Dewasa: $72++ dan kanak-kanak (enam hingga 12 tahun): $36++
Makan malam hari bekerja, Isnin hingga Khamis, 6.30 petang hingga 10 malam
Dewasa: $98++ dan kanak-kanak (enam hingga 12 tahun): $49++
Makan tengah hari hujung minggu Jumaat hingga Ahad, 12 petang hingga 3 petang
Dewasa: $82++, kanak-kanak (enam hingga 12 tahun): $41++
Makan malam hujung minggu Jumaat hingga Ahad, 6.30 petang hingga 10 malam
Dewasa: $112++, kanak-kanak (enam hingga 12 tahun): $56++
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg