Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nisbah harga rumah berbanding pendapatan sama seperti sedekad lalu

Aug 18, 2024 | 9:35 PM
Perdana Menteri Encik Lawrence Wong berkata nisbah harga rumah berbanding dengan pendapatan adalah sama seperti sedekad lalu dan jauh lebih rendah berbanding bandar-bandar utama lain di seluruh dunia.
Perdana Menteri Encik Lawrence Wong berkata nisbah harga rumah berbanding dengan pendapatan adalah sama seperti sedekad lalu dan jauh lebih rendah berbanding bandar-bandar utama lain di seluruh dunia. - Foto fail

Harga flat jualan semula mungkin mendapat perhatian besar baru-baru ini dan menimbulkan kebimbangan bagi pembeli rumah, tetapi flat perumahan awam di Singapura masih kekal mampu milik, kata Perdana Menteri Encik Lawrence Wong.

Bercakap semasa Rapat Hari Kebangsaan (NDR) sulungnya pada 18 Ogos di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central, Encik Wong berkata pemerintah meneliti harga dengan teliti, terutamanya bagaimana ia bergerak berbanding dengan pendapatan.

Digelar sebagai nisbah harga rumah berbanding dengan pendapatan, Encik Wong berkata bahawa nisbah di Singapura hari ini adalah sama seperti sedekad lalu dan jauh lebih rendah berbanding bandar-bandar utama lain di seluruh dunia.

“Sedekad lalu pada 2014, ia adalah 4.8. Ini bermakna harga flat jualan semula selepas geran adalah hampir 5 kali pendapatan tahunan. Ia turun selama bertahun-tahun ke bawah 4.

“Covid melanda, dan nisbahnya meningkat, mencapai 5. Ia kini lebih baik sedikit tetapi ia masih lebih tinggi daripada tahun sebelum Covid-19. Malah ia kini sama seperti sedekad yang lalu.

“Untuk meletakkan ini dalam perspektif, nisbah harga rumah berbanding dengan pendapatan kini jauh lebih rendah daripada kebanyakan bandar utama di dunia seperti London, Sydney dan Hong Kong,” kata Encik Wong.

Namun demikian, Encik Wong berkata pemerintah akan terus berusaha memastikan flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) lebih dimampu milik dengan meningkatkan bekalan flat baru.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg