Nombor awalan baru bagi panggilan polis diperkenal sebagai langkah antipenipuan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nombor awalan baru bagi panggilan polis diperkenal sebagai langkah antipenipuan

Feb 27, 2026 | 8:53 PM

Nombor awalan baru bagi panggilan polis diperkenal sebagai langkah antipenipuan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
nombor awalan polis, antipenipuan, panggilan polis sah
Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Goh Pei Ming. - Foto MDDI

Bagi membantu rakyat Singapura mengenal pasti panggilan sah daripada agensi pemerintah, satu nombor awalan tunggal yang mudah dikenal pasti akan diperkenalkan pemerintah untuk digunakan oleh semua pegawai Pasukan Polis Singapura (SPF) apabila menghubungi orang awam.

Berucap di Parlimen pada 27 Februari, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Goh Pei Ming, berkata SPF sedang bekerjasama dengan Produk Pemerintah Terbuka (OGP) dan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) untuk melaksanakannya.

Pada masa yang sama, Encik Goh turut mengumumkan wadah dalam talian juga akan diwajibkan untuk melaksanakan lebih banyak langkah antipenipuan.

Seperti Apple dan Google, WhatsApp akan dikehendaki melaksanakan langkah bagi membendung perdayaan identiti atau spoofing identiti ‘gov.sg’ dan agensi Pemerintah Singapura.

Berkongsi mengenai nombor talian itu, Encik Goh berkata:

“Melangkah ke hadapan, jika anda menerima panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali dan pemanggil mendakwa sebagai pegawai SPF, ia berkemungkinan besar adalah satu penipuan.”

Butiran lanjut mengenai nombor tersebut akan dikongsi pada masa akan datang.

Kes penipuan penyamaran pegawai pemerintah semakin meningkat lebih seganda daripada 1,504 kes pada 2024 kepada 3,363 kes pada 2025.

Jumlah kerugian akibat penipuan itu juga meningkat sekitar 60 peratus, daripada $151.3 juta pada 2024 kepada $242.9 juta pada 2025.

Ini bermakna secara purata, kerugian lebih $72,000 dicatatkan bagi setiap kes.

Dalam kebanyakan kes, penipu akan menyamar sebagai pegawai daripada SPF, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), serta Penguasa Kewangan Singapura (MAS).

Encik Goh berkata Singapura telah mula mengambil tindakan terhadap penipu, dan keadaan penipuan bertambah baik pada 2025, dengan jumlah kes dan jumlah kerugian kedua-duanya mencatat penurunan.

Namun, beliau menyatakan keadaan tersebut masih berada pada tahap yang sangat membimbangkan.

Sementara itu, Kod Amalan sedia ada di bawah Akta Bahaya Jenayah Dalam Talian (Ocha) juga akan diperkukuh, dengan mewajibkan pengesahan pengguna yang lebih ketat serta menetapkan tempoh masa tindak balas bagi sesuatu wadah bertindak ke atas laporan penipuan daripada pengguna.

Encik Goh menambah MHA juga sedang menerokai perundangan baru bagi membolehkan polis mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap keldai akaun yang memperoleh atau membekalkan akaun dalam talian, untuk memudahkan penipuan dan jenayah lain.

Di samping itu, MHA akan bekerjasama dengan Panel Penasihat Hukuman antara agensi untuk memperkenalkan garis panduan hukuman bagi penyalahgunaan kad SIM.

“Garis panduan hukuman ini akan menyediakan rangka kerja mengenai faktor yang perlu dipertimbangkan dalam penjatuhan hukuman, bagi memastikan hukuman yang dikenakan untuk kes yang teruk adalah cukup sebagai pencegahan,” katanya.

“Melangkah ke hadapan, jika anda menerima panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali dan pemanggil mendakwa sebagai pegawai SPF, ia berkemungkinan besar adalah satu penipuan.”
Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Goh Pei Ming.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg