Persatuan suku kaum, perniagaan perlu dedah sumbangan dana asing

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Persatuan suku kaum, perniagaan perlu dedah sumbangan dana asing

MHA bakal pinda akta bagi perkukuh benteng pertahanan terhadap campur tangan asing
Feb 27, 2026 | 8:35 PM

Persatuan suku kaum, perniagaan perlu dedah sumbangan dana asing

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Menteri Undang-Undang merangkap Menteri Kedua (Ehwal Dalam Negeri), Encik Edwin Tong.
Menteri Undang-Undang merangkap Menteri Kedua (Ehwal Dalam Negeri), Encik Edwin Tong. - Foto MDDI

Pertubuhan berasaskan kaum, termasuk persatuan suku kaum dan perniagaan yang dikaitkan dengan kaum Melayu, Cina, dan India, perlu mendedahkan sumbangan dana serta hubungan luar negara menjelang akhir 2026.

Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) sedang berusaha meminda Akta Keharmonian Kaum (RHA) bagi memperkukuh benteng pertahanan terhadap campur tangan asing.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Undang-Undang merangkap Menteri Kedua (Ehwal Dalam Negeri), Encik Edwin Tong, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) MHA pada 27 Februari.

Pindaan tersebut akan memberi kesan kepada pertubuhan berasaskan kaum yang dinilai mempunyai potensi tinggi untuk menjadi saluran bagi pengaruh asing yang berniat jahat.

Berita Harian (BH) difahamkan, Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) dan beberapa badan Melayu/Islam (MMO) juga akan terkesan, dengan butiran lanjut mengenai hal itu akan diumumkan kelak.

Menjelaskan lanjut mengenai bahaya campur tangan asing, Encik Tong menggariskan Singapura perlu terus memperkukuh benteng pertahanan terhadap golongan itu.

“Isu-isu yang menyentuh emosi dan sensitiviti, seperti kaum dan agama, boleh dieksploitasi dengan lebih mudah oleh ‘aktor’ asing untuk memperdalam jurang perbezaan dalam masyarakat kita.

“Ini berserta memanipulasi rakyat Singapura agar selaras dengan kepentingan asing sehingga menjejas kepentingan kita sendiri,” ujar beliau.

Lantas, di bawah RHA, MHA akan menetapkan pertubuhan berasaskan kaum yang dinilai mempunyai potensi tinggi untuk menjadi saluran bagi pengaruh asing yang berniat jahat.

Ini akan bermula melalui persatuan suku kaum dan persatuan perniagaan yang dikaitkan dengan kaum Melayu, Cina dan India.

“Pertubuhan berbeza kaum ini perlu mendedahkan sumbangan dana serta hubungan luar negara, dan memenuhi syarat-syarat komposisi kepimpinan.

“Kementerian saya merancang untuk menguatkuasakan RHA, termasuk langkah-langkah ini, menjelang akhir 2026,” tambahnya.

Encik Tong turut menekankan perlunya untuk sentiasa berwaspada terhadap taktik campur tangan asing yang kian berkembang – dan menjadi “semakin canggih serta lebih sukar untuk dikesan”.

Menjelaskan lanjut, beliau berkata sudah terdapat laman web palsu yang menyamar sebagai sumber Singapura yang boleh dipercayai, seperti laman berita.

Matlamat mereka adalah satu, untuk melancarkan kempen maklumat berniat jahat (HIC), kata Encik Tong.

Pada 2024, Singapura sudah mengenal pasti 10 laman web sedemikian, ujarnya.

“Mereka berbuat demikian dengan menggunakan istilah dan imej yang dikaitkan dengan Singapura supaya kelihatan lebih bersifat tempatan.

“Kebanyakan laman web tersebut mempunyai kaitan dengan rangkaian sejagat laman berita tidak sahih yang telah dilaporkan oleh para penyelidik pernah menjalankan operasi pengaruh di negara-negara lain,” ujar beliau.

Encik Tong menambah, memandangkan buat masa ini tiada peruntukan bagi Undang-undang (Langkah Tindakan Balas) Campur Tangan Asing (Fica) untuk bertindak lebih awal terhadap laman web tidak sahih, Singapura bergantung kepada kuasa di bawah Akta Penyiaran untuk menyekat akses laman web tersebut.

Sesuai dengan itu, Encik Tong mengumumkan bahawa MHA juga akan meminda Fica supaya perundangan Singapura menjadi lebih berkesan terhadap ancaman sedemikian.

“Kami akan mengusulkan untuk membenarkan pemerintah mengeluarkan arahan jangkaan terhadap medium komunikasi dalam talian.

“Ini termasuk laman web dan aplikasi mudah alih, sekiranya terdapat petanda ia mungkin digunakan untuk melancarkan kempen maklumat berniat jahat (HIC) terhadap Singapura, sebelum ia menyebabkan kemudaratan sebenar,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg