Pasukan Parti Perpaduan Nasional (NSP) bagi GRC Sembawang memulakan pagi mereka di pusat penjaja Kampung Admiralty dengan mengagihkan risalah dan biskut aiskrim – snek nostalgia yang mengimbau zaman kanak-kanak – kepada penduduk.

Lima calon NSP iaitu Encik Raiyian Chia, Cik Verina Ong, Encik Yadzeth Hairis, Encik Spencer Ng dan Encik Lee Wei tampil dengan baju polo oren terang.