Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sembang lagu ‘Serumpun’, jemputan Raya di Sembawang

Apr 24, 2025 | 5:34 PM
Menteri yang menerajui pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di GRC Sembawang, Encik Ong Ye Kung, bersama anggota pasukan, Cik Mariam Jaafar, mendekati penduduk di Sembawang Mart sambil berkongsi tentang acara Rumah Terbuka Hari Raya di Sembawang pada 26 April.
Menteri yang menerajui pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di GRC Sembawang, Encik Ong Ye Kung, bersama anggota pasukan, Cik Mariam Jaafar, mendekati penduduk di Sembawang Mart sambil berkongsi tentang acara Rumah Terbuka Hari Raya di Sembawang pada 26 April. - Foto BH oleh DAHLIA ZULKIFLI

Menteri yang menerajui pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di GRC Sembawang, Encik Ong Ye Kung, bersama anggota pasukannya, Cik Mariam Jaafar, berkunjung ke Sembawang Mart, beramah mesra dengan penduduk di kedai kopi pada pagi 24 April.

Cik Mariam dilihat mesra dan ceria, sambil menjemput penduduk ke Rumah Terbuka Hari Raya di Woodlands Town yang akan diadakan pada 26 April.

Artis Malaysia, Mimifly, yang dikenali dengan lagu Raya tular, Serumpun, turut disebut oleh beliau sebagai antara persembahan yang bakal memeriahkan rumah terbuka tersebut.

Encik Ong pula dilihat beramah mesra dan mengajak penduduk memberikan sokongan kepada pasukannya pada Hari Mengundi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg