Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PSP dekati penduduk kawasan Brickland 

Apr 24, 2025 | 5:48 PM
Calon Parti Kemajuan Singapura (PSP) Encik S. Nallakaruppan, (barisan pertama, dua dari kiri), bersama (mulai kiri beliau) Cik Wendy Low dan Encik A’bas Kasmani, melakukan kunjungan rumah ke rumah di kawasan Brickland.
Calon Parti Kemajuan Singapura (PSP) Encik S. Nallakaruppan, (barisan pertama, dua dari kiri), bersama (mulai kiri beliau) Cik Wendy Low dan Encik A’bas Kasmani, melakukan kunjungan rumah ke rumah di kawasan Brickland. - Foto ST

Empat calon pasukan Parti Kemajuan Singapura (PSP) bagi GRC Chua Chu Kang – Cik Wendy Low, Encik Lawrence Pek, Encik S. Nallakaruppan dan Encik A’bas Kasmani – bersama sukarelawan memulakan hari mereka dengan kunjungan rumah ke rumah di kawasan Brickland.

Mereka membahagikan tugas dalam kumpulan kecil, meliputi enam blok perumahan sebelum meneruskan dengan acara media lain.

Encik A’bas, 71 tahun, meluahkan kepada The Straits Times rasa terujanya menjelang rapat pilihan raya umum 2025 (GE2025) yang dijadual berlangsung pada malam 24 April di Sekolah Tinggi Catholic.

“Ada hubungan fizikal dengan orang ramai bila kita dapat bersemuka – berbeza sekali dengan suasana semasa Covid-19 dahulu,” kata beliau, yang pernah bertanding di Tanjong Pagar pada GE2020.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg