Universiti memainkan peranan penting sebagai mangkin inovasi teknologi mendalam (deep-tech).
Untuk merealisasikan kesan penuh inovasi, mereka mesti proaktif dalam membawa penemuan dan penyelesaian mereka ke pasaran, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, yang juga pengerusi Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF), semasa pelancaran Nanyang Frontier Fund pada 4 November di The Arc, di Kampus Bijak Universiti Teknologi Nanyang (NTU).
Nanyang Frontier Fund, dana penyelia modal (VC) pertama Singapura yang didedikasi untuk universiti dengan jumlah sasaran awal sebanyak $50 juta, adalah kerjasama antara NTU dengan Walden International, sebuah firma modal urus niaga.
Encik Heng menyatakan bahawa dana menyokong syarikat pemula teknologi mendalam, terutamanya pada peringkat awal dan pertumbuhan mereka, adalah gelaran yang sesuai dan tepat pada masanya.
“(Ia) gelaran yang sesuai kerana teknologi mendalam adalah sempadan hebat selanjutnya dalam bidang inovasi.
“Dengan memanfaatkan kemajuan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dan pengkomputeran kuantum atau ‘quantum computing’, teknologi mendalam boleh menyelesaikan cabaran yang kompleks dan membuka kunci baru industri dan nilai rantaian.
“Pelancaran ini juga berlangsung tepat pada masanya kerana kita baru sahaja selesai minggu yang sibuk dalam kalendar inovasi tahunan kita,” kata Encik Heng.
Menurutnya, apa yang perlu dilakukan oleh Singapura adalah untuk memberi tumpuan kepada pengkomersialan tambahan daripada universiti dan institut penyelidikannya.
Encik Heng turut mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Walden International, Encik Tan Lip Bu, dan rakan sekutunya kerana memulakan dana dengan sumbangan peribadi sebanyak $5 juta dan juga untuk penstrukturan dana yang membolehkan 25 peratus daripada keuntungan kembali kepada NTU.
Dalam mencapai sasaran sebanyak $50 juta, Encik Heng memberi dua cadangan untuk pertimbangan Frontier Fund dan syarikat pemula dalam jangka masa panjang – melihat di luar NTU untuk melibatkan diri dengan ekosistem teknologi mendalam yang lebih luas dan mencari cara menyumbang kembali kepada NTU dan ekosistem berkenaan.
“Memupuk perkongsian kolaboratif merentas institusi adalah penting untuk menjayakan aspirasi penyelidikan dan inovasi Singapura.
“Saya berharap Nanyang Frontier Fund dapat memainkan peranan penting merentas ekosistem padat kita dengan membolehkan syarikat pemula teknologi mendalam daripada institusi yang berbeza.
“Kita harus membina peredaran baik dalam inovasi teknologi mendalam dengan satu gelombang inovasi yang berjaya membolehkan gelombang seterusnya,” kata Encik Heng.
Beliau juga berharap pelancaran dana tersebut akan menandakan lembaran baru bagi bakat inovatif dan idea daripada NTU merentas sempadan.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg