Topic followed successfully
Go to BHkuKerjasama tiga pihak sasar latih 10,000 pekerja dalam AI
Kerjasama tiga pihak sasar latih 10,000 pekerja dalam AI
Inisiatif antara NTUC, Amazon Web Services dengan Huawei bertujuan percepat penerapan teknologi dan AI dalam pelbagai industri
Apr 21, 2026 | 7:43 PM
Kerjasama tiga pihak sasar latih 10,000 pekerja dalam AI
(Barisan belakang, dari kiri, mengikut putaran jam) Timbalan Setiausaha Agung NTUC, Encik Desmond Tan; Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng; Ketua Serantau Latihan dan Pensijilan ANZ dan Asean, Encik Adam Britten; Ketua Sumber Manusia Asean di Amazon Web Services (AWS), Cik Jocelyn Lam; Ketua Perusahaan AWS, Cik Michelle Toh; dan Peneraju Penyeliaan Bahagian Teknologi Maklumat dan Media NTUC, Cik Tan Ying Ying, mengumumkan kerjasama antara NTUC dengan AWS pada 21 April, yang bertujuan melatih lebih ramai pekerja dalam Kecerdasan Buatan (AI) secara menyeluruh dari 2026 hingga 2029. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
Kira-kira 10,000 pekerja, terutamanya dalam pembuatan dan perkhidmatan kewangan, akan dilatih secara menyeluruh dalam pelbagai kemahiran kecerdasan buatan (AI) sepanjang tiga tahun akan datang.
Ini tercapai melalui kerjasama yang diumumkan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dengan Amazon Web Services (AWS) pada 21 April, selain pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Huawei International (Huawei) pada hari yang sama.
Laporan berkaitan
NTUC sasar $500j untuk kukuhkan sokongan anak, warga emasApr 9, 2026 | 5:29 PM
MOM semak dasar kembali bekerja, tingkat sokongan pulih dari sakit, kecederaanApr 7, 2026 | 9:09 PM

