Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

NTUC sedia perjuang gaji, kebajikan pekerja

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NTUC sedia perjuang gaji, kebajikan pekerja

Apr 30, 2024 | 05:30 AM



Dalam dunia yang sentiasa berubah dan tidak menentu, ia menjadi satu keutamaan setiap pekerja untuk mendapatkan kestabilan.



Ia juga penting untuk mengenali peluang yang timbul daripada cabaran yang berubah-ubah ini.



Demikian menurut Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Cik K Thanaletchimi, dan Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, dalam satu kenyataan bersama pada 30 April. 



Mereka beri contoh bagaimana landskap pekerjaan telah menyaksikan transformasi yang mendalam, dengan kemajuan teknologi yang pesat dalam Kecerdasan Buatan (AI) dan pendigitalan menerajui usaha itu.



Meski perkembangan ini menawarkan prospek pertumbuhan baru, Cik Thanaletchimi dan Encik Ng menyatakan bahawa ia juga membawa cabaran kepada tenaga kerja.



“Anjakan ini sudah pasti akan menjejas pekerjaan dan tempat kerja kita. Ia juga memerlukan kakitangan untuk meningkatkan kemahiran pekerja untuk melaksanakan tugas-tugas ini. 



“Peranan anda sebagai seorang pekerja adalah penting dalam transformasi ini,” kata kedua-dua pemimpin NTUC dalam menyampaikan Amanat Hari Pekerja gerakan buruh itu bersama. 



Di sebalik ketidaktentuan dan cabaran ini, gerakan buruh kekal komited untuk memastikan kehidupan yang lebih baik bagi pekerja, sambil memastikan setiap keprihatinan pekerja dapat ditangani, tambah mereka. 



Dalam amanat yang turut ketengahkan keutamaan NTUC untuk tahun seterusnya, Cik Thanaletchimi dan Encik Ng sekali lagi mengulangi bahawa kebajikan para pekerja kekal menjadi keprihatinan utama mereka. 



Mereka juga mengesahkan komitmen NTUC untuk memperjuangkan gaji, kebajikan serta prospek kerja yang lebih baik untuk pekerja menerusi daya usaha #EveryWorkerMatters Conversations (EWMC).



Sejak ia diperkenalkan pada 2022, NTUC telah melibatkan lebih 42,000 pekerja, mengumpulkan maklum balas yang diharapkan dapat membantu dalam membentuk kompak sosial Singapura di sekitar pekerjaan dan pengambilan kerja.



Keperluan dan kebimbangan yang pelbagai ini telah pun dikenal pasti, menurut Cik Thanaletchimi dan Encik Ng, sambil menegaskan bahawa gerakan buruh “sedang mengambil tindakan untuk menyokong dan memperkasa” pekerja di sini.



Antara lain, NTUC kekal fokus memupuk kemajuan kerjaya dan membina daya tahan setiap pekerja, di samping memastikan ia melengkapkan pekerja dengan kemahiran dan kepakaran yang diperlukan untuk berkembang maju dalam peluang pekerjaan baru yang bernilai tinggi.



Majikan juga mempunyai peranan yang boleh mereka mainkan dalam perjalanan transformatif ini dengan memanfaatkan alat digital dan melabur dalam tenaga kerja berkemahiran, tambah mereka.



Syarikat di sini juga digalak untuk membentuk Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC) – yang telah memberi manfaat kepada lebih 200,000 pekerja – serta memanfaatkan geran yang tersedia untuk melengkapkan pekerja dengan kemahiran yang diperlukan.



NTUC kekal komited untuk memperjuangkan kepentingan golongan karyawan, pengurus dan eksekutif (PME) yang kian meningkat. 



NTUC bersedia membantu mereka dalam mengemudi perjalanan kerjaya mereka dan menyesuaikan diri dengan peluang pekerjaan baru. 



Ini dapat dilakukan dengan menyediakan perkhidmatan dan program yang komprehensif untuk menyokong kemajuan kerjaya, keselamatan kewangan dan kesejahteraan peribadi golongan pekerja ini.  



“Tiada sesiapa yang sepatutnya ditinggalkan. Kami akan berusaha untuk gaji yang lebih baik bagi pekerja yang bergaji rendah dan sederhana serta menyediakan bantuan untuk menolong mereka menangani kos sara hidup yang meningkat,” tambah kedua-dua pemimpin itu lagi. 



Memberi perkembangan terhadap rangka kerja perwakilan baru untuk pekerja platform, pekerja bebas dan golongan bekerja sendiri, mereka berkata rangka kerja itu, yang akan memberikan mereka “perwakilan dan perlindungan yang mereka layak”, akan dilaksanakan tahun ini.



Selain golongan pekerja ini, kedua-dua Cik Thanaletchimi dan Encik Ng turut mengesahkan komitmen NTUC dalam menyokong golongan belia, wanita dan pekerja matang. 



“Kami berazam untuk meningkatkan Kebajikan anda dari segala sudut. Tanpa mengira apa jua jawatan, usia, atau kerakyatan anda, NTUC akan bertindak untuk anda, dan bersama anda, kerana kami mengambil berat,” tambah mereka. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >