NTUC, Snef sambut baik rang baru pertingkat perlindungan pekerja platform
Premium
NTUC, Snef sambut baik rang baru pertingkat perlindungan pekerja platform
Mereka sifatkan ia sebagai detik penting dalam lindungi mata pencarian pekerja platform
Sep 11, 2024 | 6:53 PM
Rang Undang-Undang Pekerja Platform yang diluluskan Parlimen pada 10 September akan sediakan perlindungan lebih baik kepada golongan pekerja platform, termasuk caruman Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dan mendapat pampasan kewangan sekiranya alami kecederaan semasa bekerja. - Foto ZAOBAO
Persekutuan majikan dan kesatuan sekerja mengalu-alukan Rang Undang-Undang Pekerja Platform yang diluluskan di Parlimen pada 10 September, sambil menyifatkan ia sebagai langkah positif ke arah pembangunan mampan ekonomi platform Singapura dan detik penting dalam melindungi mata pencarian pekerja platform.
Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dalam kenyataannya berkata rang yang diluluskan itu merupakan satu kemenangan untuk pekerja platform dan detik penting dalam usaha berterusan NTUC dalam memperjuang mata pencarian mereka.
Laporan berkaitan
Pekerja platform kini dilindungi insurans, ada CPFSep 10, 2024 | 8:05 PM
Caruman CPF pekerja platform akan sama seperti pekerja biasa jelang 2029Sep 9, 2024 | 9:54 PM

