Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

NWC mahu pandangan awam mengenai garis panduan gaji

Aug 14, 2024 | 4:35 PM
Orang ramai yang ingin berkongsi pandangan mereka tentang isu berkaitan gaji serta cadangan untuk garis panduan yang akan datang, boleh mengemukakan maklum balas mereka kepada Sekretariat NWC selewat-lewatnya 1 September.
Orang ramai yang ingin berkongsi pandangan mereka tentang isu berkaitan gaji serta cadangan untuk garis panduan yang akan datang, boleh mengemukakan maklum balas mereka kepada Sekretariat NWC selewat-lewatnya 1 September. - Foto ZAOBAO

Majlis Gaji Kebangsaan (NWC) akan bertemu pada 29 Ogos untuk memulakan perbincangan mengenai garis panduan tahunannya mengenai isu gaji dan pekerjaan, dan sedang mendapatkan pandangan daripada orang ramai.

Garis panduan itu, yang dijadualkan dibentangkan menjelang November, akan meliputi tempoh dari 1 Disember 2024 hingga 30 November 2025, lapor akhbar The Straits Times.

Amalan gaji yang disyorkan dan julat yang dicadangkan bagi kenaikan gaji, dalam peratusan dan jumlah dolar, terutamanya untuk pekerja bergaji rendah, biasanya merupakan sebahagian daripada garis panduan yang dikeluarkan itu.

Orang ramai yang ingin berkongsi pandangan mereka tentang isu berkaitan gaji serta cadangan bagi garis panduan yang akan datang itu boleh mengemukakan maklum balas kepada Sekretariat NWC selewat-lewatnya 1 September.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berkata NWC akan, dalam perbincangannya, mengambil kira daya saing ekonomi Singapura, keadaan pasaran pekerja, inflasi, pertumbuhan pengeluaran, serta jangkaan ekonomi sedunia.

NWC akan terus menetapkan panduan tahunannya mengenai julat pertumbuhan gaji progresif untuk pekerja bergaji rendah.

Gaji progresif merujuk kepada tangga gaji yang disandarkan pada peningkatan pengeluaran dan kemahiran, yang kini meliputi tujuh sektor dan dua pekerjaan.

Mesyuarat NWC, sebuah badan yang terdiri daripada majikan, pekerja dan wakil pemerintah, diadakan di tengah-tengah prospek ekonomi bercampur-campur.

Walaupun ramalan pertumbuhan Singapura 2024 kini dijangka mencapai bahagian tinggi julat yang diramalkan pada mulanya, risiko seperti konflik geopolitik masih kekal.

Pasaran pekerja juga menunjukkan tanda-tanda kelembapan, dengan pertumbuhan pekerjaan lebih perlahan dan pengurangan dalam bilangan penduduk yang bekerja.

Garis panduan semasa, yang meliputi tahun berakhir 30 November 2024, mengesyorkan agar majikan menaikkan gaji pekerja bergaji rendah antara 5.5 peratus dan 7.5 peratus, dengan kuantum minimum dicadangkan sebanyak $85 disediakan oleh majikan yang berjaya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg