Operasi Sats di Timur Tengah jalan lancar

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Operasi Sats di Timur Tengah jalan lancar

Mar 6, 2026 | 5:38 PM

Operasi Sats di Timur Tengah jalan lancar

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Sats, Timur Tengah, perang Iran
Kepulan asap kelihatan di Riyadh, Arab Saudi, pada 5 Mac di tengah konflik Amerika Syarikat-Israel dengan Iran. - Foto REUTERS

Penutupan ruang udara yang belum pernah berlaku di beberapa negara Teluk menjejas rantaian bekalan kargo udara sedunia.

Bagaimanapun, operasi pengendali kargo udara Sats di Timur Tengah tidak mengalami gangguan ketara.

Sejak perang Amerika Syarikat-Israel terhadap Iran bermula pada 28 Februari, operasi di stesen Sats di Arab Saudi dan Oman terus berjalan di bawah protokol keselamatan yang “sesuai”, kata Sats dalam satu kenyataan pada 6 Mac.

Kakitangan di rantau itu, termasuk warga Singapura yang ditempatkan di sana, selamat, kata syarikat pengendali kargo udara dan katering penerbangan yang berpangkalan di Singapura itu.

Syarikat itu menyatakan ia memantau perang di Timur Tengah dan bimbang penutupan ruang udara di beberapa negara Teluk menjejas rantaian bekalan kargo udara sedunia.

Walaupun gangguan penerbangan boleh melambatkan penghantaran, kargo udara biasanya dialihkan ke laluan lain apabila rantaian bekalan berubah.

“Kehadiran Sats di peringkat antarabangsa membolehkan rangkaian kami mengurus gangguan rantaian bekalan serta menyokong perubahan aliran perdagangan,” katanya.

Sats juga berhubungan rapat dengan pelanggan syarikat penerbangannya dan akan menyesuaikan operasi mengikut perkembangan laluan perdagangan.

Kemudahan di Arab Saudi dan Oman, di mana ruang udara masih terbuka, boleh menjadi pintu masuk lain ke negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang terjejas oleh penutupan ruang udara.

Sats menyatakan ia bersedia menyalurkan bekalan kecemasan dari hab udara di kedua-dua negara itu ke negara GCC, iaitu Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Saudi dan Amiriah Arab Bersatu (UAE).

Gangguan konflik seperti perang Amerika-Israel terhadap Iran biasanya meningkatkan kos penghantaran dan mendorong peralihan kepada kargo udara yang lebih pantas berbanding pengangkutan darat atau laut.

Sejak perang itu bermula, Selat Hormuz, laluan utama perdagangan minyak dan gas sedunia antara Teluk Parsi dengan Lautan Hindi, dilaporkan terjejas sehingga mengekang aliran minyak dan gas dari Timur Tengah.

Kira-kira 20,000 pelaut dan 15,000 penumpang kapal persiaran juga kini terkandas di kawasan Teluk itu akibat konflik tersebut, kata Majlis Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Selat Hormuz, Teluk Oman dan Teluk Parsi juga ditetapkan sebagai “kawasan operasi berunsur peperangan”.

Sats berkata masa tindak balas yang pantas menjadikan kargo udara pilihan utama bagi penghantaran segera dengan permintaan kukuh bagi e-dagang serta kargo khusus seperti farmaseutikal, kargo bersuhu terkawal dan kargo ekspres di Timur Tengah.

Jumlah kargo udara di stesen Sats di Saudi masih kecil berbanding jumlah dunia, walaupun meningkat 12 peratus dari 2024 hingga 2025.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg