Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Orang ramai dialu-alu ke reruai amal masjid bersebelahan MRT Yishun

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Orang ramai dialu-alu ke reruai amal masjid bersebelahan MRT Yishun

Masjid Darul Makmur masih memerlukan dana sebanyak $4.5 juta
Mar 22, 2024 | 05:30 AM



Masjid Darul Makmur telah ditutup hampir setahun untuk menjalani projek peningkatan yang telah bermula dari April 2023. Buat masa ini, masjid itu sedang menguruskan program pendidikan, dakwah, mendekati masyarakat dan program bulan Ramadan dengan pegawai masjid beroperasi dari pejabat sementara yang terletak di Masjid Assyafaah, di kawasan Sembawang.

Walaupun begitu, pihak masjid masih giat mendampingi penduduk Yishun dengan pelbagai kegiatan dan juga khidmat yang berterusan walaupun bangunan masjid ditutup sewaktu menjalani program peningkatan ini.

Menjadikan masjid tanpa sempadan bukan sekadar slogan, atau ‘tagline’, yang datang seiringan dengan Masjid Darul Makmur. Ia bahkan menjadi suatu matlamat dan tunjang yang ingin dicapai oleh masjid untuk segenap lapisan masyarakat.


Maka itu, tidak hairanlah Masjid Darul Makmur amat komited dalam menjalankan pelbagai kegiatan bagi mendekatkan masjid kepada masyarakat dan pada masa yang sama, terus menggalakkan masyarakat agar mengikuti program-program masjid yang tersedia.

Mengulas mengenai perkara ini, Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat, Encik Muhammad Amran Addin berkata:

“Antara tumpuan strategik masjid adalah mahu memupuk semangat kemasyarakatan yang kuat. Ini dapat direalisasikan dengan usaha masjid bekerjasama dengan jemaah, pelbagai rakan kongsi, pihak berkepentingan dan juga kumpulan akar umbi.”

Antara program yang dijalankan oleh masjid kebelakangan ini untuk mencari dana peningkatan adalah dengan mengadakan kaunter pengumpulan dana peningkatan di bazar Ramadan yang terletak bersebelahan Stesen MRT Yishun pada setiap hari sepanjang Ramadan ini. Agihan bubur juga diberikan kepada pengunjung bazar tersebut pada tiga hari pertama bermula pada awal Mac lalu.

Di reruai amal yang disediakan, pengunjung boleh menghulurkan derma dan juga wakaf untuk dana peningkatan yang masih lagi diperlukan. Selain daripada menderma, terdapat juga jualan amal yang disediakan untuk menampung dana peningkatan masjid. Usaha ini dilakukan selain khidmat pengambilan derma dari rumah.

Dengan penutupan masjid sewaktu projek peningkatan berjalan, masjid ini juga giat mengadakan sesi ceramah di kejiranan Yishun untuk mendampingi masyarakat setempat. Pada bulan Februari lalu, dengan kerjasama Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Chong Pang, acara ceramah keluarga diadakan di kawasan terbuka, bersebelahan Blok 165 Yishun Ring Road.

Masjid Darul Makmur masih terus menyediakan bimbingan untuk penduduk dengan mengadakan ceramah agama dan motivasi keluarga sejak tahun 2005 di kejiranan Yishun dengan kerjasama lima MAEC di GRC Nee Soon.

Dengan bertemakan ‘Makmur Mendekati Masyarakat’, ceramah sebegini diadakan tiga atau empat kali setahun di kawasan berlainan di Yishun sebagai usaha mendekatkan masjid kepada penduduk. Masjid berharap dengan adanya program yang dijalankan di dalam dan luar masjid, ia dapat menguatkan lagi hubungan warga kerja masjid dan mempermudahkan lagi komunikasi masjid dengan masyarakat.

Buat masa ini, masjid bekerjasama dengan empat MAEC di kawasan kejiranan di Yishun untuk mengagih bubur pada setiap hari Sabtu dan Ahad di sepanjang bulan Ramadan. Sambutan yang amat baik juga diberikan oleh penduduk berdekatan dengan menghadiri solat tarawih yang dianjurkan masjid di ruang sementara.

“Ruang yang disewa di bekas tapak sekolah sementara ini juga memerlukan dana untuk dibayar sewa, kos bil elektrik dan air. Jadi, perbelanjaan bulanan di kawasan ini juga amat memerlukan sumbangan daripada dermawan selain dana untuk peningkatan masjid,” ujar Encik Amran. Memandangkan ruang kantin yang disewa di tapak sekolah amat terhad, Masjid Darul Makmur telah menambah penyewaan ruang dewan sekolah agar dapat memuatkan lebih ramai jemaah yang hadir.

“Seperti tahun-tahun yang lalu, warga kerja masjid terus menggembleng tenaga dan turun padang dengan menziarahi kejiranan Yishun untuk bersama-sama mengagih bubur Ramadan. Matlamat utama agihan ini selain daripada memberi juadah berbuka adalah mahu menjalin rangkaian bersama penduduk, mengucapkan terima kasih serta berkongsi maklumat mengenai ketibaan bulan Ramadan dan amalan umat Islam pada bulan yang mulia ini,” ujar Encik Amran.

“Kami amat menghargai sokongan padu masyarakat Yishun khususnya, dan warga Singapura amnya, yang sering menyokong kegiatan yang kami adakan untuk Masjid Darul Makmur. Kami ingin terus memberikan khidmat yang terbaik kepada semua. Memandangkan masjid sedang menjalani projek peningkatan dan dana $4.5 juta masih lagi diperlukan, sumbangan wakaf, derma dan sokongan masyarakat amat kami harapkan,” tambah Encik Amran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >