OTH rai 50 keluarga ComLink+ sempena Ramadan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

OTH rai 50 keluarga ComLink+ sempena Ramadan

Mar 16, 2026 | 5:09 PM

OTH rai 50 keluarga ComLink+ sempena Ramadan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
OTH, comlink+
Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad (tengah), dengan AP GRC Tampines lain (dari kiri), Dr Charlene Chen; Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon; Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Negara Kanan (Pendidikan), Encik David Neo; dan Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Pengangkutan), Encik Baey Yam Keng, di majlis Buka Puasa OTH bersama keluarga benefisiari ComLink+. - Foto OTH

Our Tampines Hub (OTH) menyemarakkan Ramadan dengan meraikan 50 keluarga ComLink+ dalam Majlis Buka Puasa OTH 2026.

Majlis yang berlangsung di Arena@OTH pada 14 Mac itu diserikan dengan kehadiran Anggota Parlimen (AP) GRC Tampines dan SMC Tampines Changkat.

Antara tetamu yang hadir termasuk Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Negara Kanan (Pendidikan), Encik David Neo; Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon; Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Pengangkutan), Encik Baey Yam Keng; Dr Charlene Chen, dan Menteri Negara (Pertahanan), Encik Desmond Choo.

Majlis perpaduan yang turut melibatkan 20 sukarelawan belia daripada Kelab Perkhidmatan Masyarakat ITE Kolej Timur dan Politeknik Temasek itu, mencerminkan hasrat menyatukan pelbagai lapisan masyarakat.

Sebelum berbuka puasa, sukarelawan belia berpeluang menemani keluarga ComLink+ membeli barangan keperluan rumah menggunakan baucar pasar raya percuma bernilai $50.

Kerjasama erat antara belia dengan keluarga itu menjadi platform berharga untuk beramah mesra dan saling bertukar pengalaman.

Interaksi yang bermakna itu diharap dapat terus memupuk sifat empati dan mengukuhkan nilai kemasyarakatan dalam kalangan penduduk Tampines.

Penglibatan belia dalam majlis itu menegaskan peranan penting golongan muda dalam menyokong dan menyumbang kepada masyarakat Singapura.

Bukan sahaja belia, malah, wakil daripada pelbagai badan keagamaan seperti Soka Gakkai Singapura, Persatuan Hiang Tong Keng Tua Peh Kong dan Masjid Darul Ghufran turut hadir, sekali gus melambangkan perpaduan dan sokongan jitu masyarakat.

Menurut Pengurus Am, Our Tampines Hub, Encik Noriman Ali Salam, pihaknya beriltizam mencipta ruang yang bersifat terangkum bagi membolehkan semua orang rasa dirai dan dihargai.

Beliau berkata: “Melalui kesempatan ini, penduduk pelbagai latar belakang dan usia dapat berkumpul, belajar, berseronok dan menzahirkan sifat ihsan antara satu sama lain.

“Usaha belia tampil membantu keluarga ComLink+ melalui inisiatif Buka Puasa OTH 2026 ini sangat bermakna.

“Keterlibatan mereka semua ini menyerlahkan semangat kesatuan dan keprihatinan di Singapura di mana ramai yang bersatu padu untuk saling membantu dan mengukuhkan ikatan masyarakat,” tambah beliau.

Selain juadah bento dan baucar pasar raya, para penerima manfaat turut menerima pek Raya bernilai $120 sebagai tanda kasih dan penghargaan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg