Zhulkarnain: Acara buka puasa BH peluang dekati masyarakat, perkukuh fabrik sosial S’pura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Zhulkarnain: Acara buka puasa BH peluang dekati masyarakat, perkukuh fabrik sosial S’pura

Kerjasama pelbagai pihak adalah pendekatan yang tepat untuk bina masyarakat S’pura lebih bingkas, prihatin
Mar 12, 2026 | 7:19 PM

Zhulkarnain: Acara buka puasa BH peluang dekati masyarakat, perkukuh fabrik sosial S’pura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Zhulkarnain, Acara buka puasa BH, masyarakat, perkukuh fabrik sosial S’pura, Maybank, Project Hills
Tetamu terhormat Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Ehwal Luar), Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (tiga dari kiri), menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Berita Harian pada 12 Mac. Turut menyertai majlis itu ialah (dari kanan) Ketua Editor Kumpulan Media Inggeris/Melayu/Tamil SPH Media, Encik Wong Wei Kong; Editor BH, Encik Nazry Mokhtar; penerima bantuan Project Hills, Cik Radiah Awang; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SPH, Encik Kuek Yu Chuang; dan Ketua Jabatan Perbankan Islam Maybank Singapura (Maybank), Encik Sazzali Sabandi. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Dalam dunia yang semakin kompleks, sesi buka puasa yang menghimpunkan masyarakat memainkan peranan penting dalam menyatukan dan mengukuhkan Singapura, kata Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Ehwal Luar), Encik Zhulkarnain Abdul Rahim.

Menurut Encik Zhulkarnain, pendekatan “banyak tangan membantu” – iaitu apabila sektor swasta, pihak media dan organisasi masyarakat berganding bahu – merupakan pendekatan yang tepat untuk membina masyarakat yang lebih bingkas dan prihatin.

Justeru, inisiatif seperti majlis berbuka puasa anjuran Berita Harian (BH) ini mencerminkan usahanya sebagai organisasi yang bertanggungjawab secara sosial dan sentiasa memainkan peranannya untuk masyarakat Melayu/Islam serta Singapura secara keseluruhannya, tambah beliau.

Beliau berkata demikian di majlis berbuka puasa anjuran Berita Harian (BH) bersama 40 benefisiari inisiatif badan sukarela Project Hills, yang menetap di Bukit Merah dan Tiong Bahru, pada 12 Mac. Project Hills merupakan satu daya usaha yang membantu golongan kurang bernasib baik dan keluarga yang tinggal di rumah sewa.

“Dalam dunia yang semakin kompleks, saat-saat kebersamaan seperti inilah yang menjadi ‘gam sosial’ yang mengekalkan keutuhan Singapura.

“Apabila organisasi seperti BH tampil ke hadapan, mereka bukan sekadar menyediakan jamuan, malah memberikan rasa kebersamaan dan kekitaan.

“Mereka juga menyampaikan mesej yang kuat kepada golongan belia dan para penerima manfaat bahawa mereka dilihat, dihargai, dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar Singapura,” kata Encik Zhulkarnain.

Pengasas bersamanya, pekerja sosial, Cik Zulayqha Zulkifli, juga merupakan penerima Anugerah Jauhari Harapan BH pada 2024.

Majlis iftar tersebut berlangsung di Red Velvet Ballroom kendalian The Landmark Restaurant, Village Hotel Bugis, dan turut disertai oleh Editor BH, Encik Nazry Mokhtar; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SPH, Encik Kuek Yu Chuang; Ketua Editor Kumpulan Media Inggeris/Melayu/Tamil SPH Media, Encik Wong Wei Kong; Ketua Jabatan Perbankan Islam Maybank Singapura (Maybank), Encik Sazzali Sabandi; dan Ketua Pegawai Eksekutif Singapore Hospitality Group, Encik Ali Abbas.

Encik Zhulkarnain turut menyampaikan kata-kata semangat kepada benefisiari yang hadir, memberi jaminan bahawa pemerintah akan terus berganding bahu dengan rakan masyarakat, pertubuhan sosial dan para relawan sepanjang perjalanan mereka.

Beliau berharap sokongan menyeluruh ini dapat membantu mereka mencapai kestabilan hidup, berdikari dan membuka laluan kepada mobiliti sosial yang lebih luas.

Sementara itu, Encik Nazry yang turut menyampaikan ucapan dalam kededua bahasa Inggeris dan ibunda sebelum waktu berbuka puasa, berkata penganjuran acara iftar oleh BH ini adalah sebahagian komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan usaha mendekati masyarakat akhbar ini.

“Ramadan mengingatkan kita bahawa kebahagiaan tidak selalu datang daripada perkara besar. Kadangkala ia datang daripada saat sederhana seperti malam ini... duduk bersama, berkongsi rezeki dan saling menguatkan ikatan antara satu sama lain.

“Di Berita Harian, kami percaya kekuatan masyarakat bukan hanya terletak pada cerita yang kami laporkan, tetapi pada hubungan yang kita bina bersama,” ujar Encik Nazry.

Awal dari itu, setiap benefisiari Project Hills telah diberi peluang untuk membeli sepasang baju Melayu dari Butik A’NIZ di Golden Landmark, hasil sumbangan Maybank yang bernilai $10,000.

Sumbangan itu, menurut Encik Sazzali, merupakan jumlah tertinggi yang pernah dihulurkan Maybank sepanjang menjadi penaja bagi majlis berbuka puasa BH selama tiga tahun ini. Turut termasuk dalam jumlah itu ialah baucar pasar raya.

Selain Maybank, acara berbuka puasa itu turut ditaja oleh Landmark Restaurant yang menyediakan juadah berbuka puasa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg