Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Paip bocor di Kembangan sebab lampu isyarat rosak, banjir di simpang Changi Road

Oct 15, 2025 | 5:07 PM
Sebuah video yang dimuat naik di TikTok pada 12 Oktober menunjukkan Changi Road dilimpahi air berwarna coklat.
Sebuah video yang dimuat naik di TikTok pada 12 Oktober menunjukkan Changi Road dilimpahi air berwarna coklat. - Foto TANGKAP LAYAR TIKTOK MALAYTRICKSTER

Paip bocor di persimpangan Changi Road dan Jalan Kembangan telah mengakibatkan lampu isyarat rosak serta jalan raya dipenuhi air.

Agensi air negara PUB berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 4.11 pagi, 12 Oktober.

Menjawab pertanyaan akhbar The Straits Times (ST) pada 15 Oktober, PUB berkata mereka telah mengerahkan pasukan khidmat pada hari kejadian untuk menangani kebocoran tersebut.

Dua daripada empat lorong di Changi Road ditutup bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dijalankan.

Kerja-kerja pembaikan selesai dilakukan pada 8.15 malam, 12 Oktober, dan lorong yang terjejas dibuka semula pada sekitar 6 pagi, 13 Oktober, menurut PUB.

Difahamkan bahawa lampu isyarat yang rosak itu telah dibaiki pada sekitar 4 pagi, 13 Oktober.

Semasa kerja pembaikan, PUB menempatkan lori air dan mengedarkan beg air kepada penduduk berhampiran yang mengalami tekanan air rendah, kata agensi itu.

Punca kebocoran paip masih dalam siasatan, jelas PUB.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada pemandu dan penduduk terjejas atas kesabaran dan pemahaman mereka,” tambah agensi itu.

Sebuah video yang dimuat naik di TikTok pada 12 Oktober menunjukkan jalan dipenuhi air berwarna coklat. 

Lampu isyarat kelihatan condong dan menyenget di atas jalan raya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg