Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pakai kain samping, anyam ketupat kongsi amalan kepada masyarakat berbilang kaum

Apr 28, 2024 | 5:30 AM
Sempena bulan Syawal ini, Masjid Ar-Raudhah menunjukkan kepada tetamu cara memakai kain samping buat kaum lelaki semasa sesi lawatan itu. Gambar menunjukkan Ustaz Mohd Ibrohim (berdiri) dan Ustaz Ahmad Syarif yang sedang membetulkan kain samping. 
Sempena bulan Syawal ini, Masjid Ar-Raudhah menunjukkan kepada tetamu cara memakai kain samping buat kaum lelaki semasa sesi lawatan itu. Gambar menunjukkan Ustaz Mohd Ibrohim (berdiri) dan Ustaz Ahmad Syarif yang sedang membetulkan kain samping.  - Foto MASJID AR-RAUDHAH

Peranan masjid bukan sekadar buat umat Islam mendirikan solat, bahkan sebagai tempat mendidik masyarakat mengenai Islam.

Lantaran itu, Masjid Ar-Raudhah yang terletak di Bukit Batok telah bekerjasama dengan Pusat Harmoni@An-Nadhah dengan menjadi tuan rumah kepada sekitar 27 kakitangan berbilang kaum daripada Jabatan Dasar Kurikulum dan Kecekapan Abad ke-21 Kementerian Pendidikan (MOE) yang melawat masjid itu pada 16 April lalu.

Matlamat lawatan tersebut, menurut pihak masjid, adalah untuk mengetahui mengenai masjid dan Islam selain meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama.

Semasa berada di Masjid Ar-Raudhah, kakitangan tersebut mempelajari tentang fungsi masjid dan didedahkan kepada Rukun Islam dan Rukun Iman yang diamalkan umat Islam.

Selain itu, mereka juga melihat kawasan dewan solat dan kelas tadika di masjid tersebut.

“Masjid memainkan peranan penting untuk memenuhi permintaan daripada pertubuhan-pertubuhan yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Islam dan kegiatan yang sering diadakan di masjid.

“Menerusi lawatan anggota masyarakat berbilang kaum ke masjid, kami dapat saling memahami dan menghormati amalan agama satu sama lain.

“Kami juga dapat meningkatkan kesedaran tentang kegiatan masjid dan hidup harmoni dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa di Singapura,” kata Pengurus Masjid Ar-Raudhah, Cik Maszita Mohd.

Menurut seorang peserta lawatan tersebut, sesi lawatan itu amat berfaedah walaupun waktunya singkat kerana beliau telah banyak belajar tentang Rukun Islam dan kegiatan masjid.

Sesi lawatan itu turut mendapat sokongan daripada Pusat Harmoni@An-Nadhah yang membantu berkongsi tentang bagaimana Islam memberi penekanan terhadap kehidupan aman damai bersama anggota masyarakat berbilang kaum.

Sempena bulan Syawal ini, Masjid Ar-Raudhah juga berkongsi dengan kakitangan berkenaan tentang budaya masyarakat Melayu semasa menyambut Lebaran.

Antara kegiatan yang diadakan ialah menunjukkan mereka cara menganyam ketupat bagi menikmati juadah Raya dan cara memakai kain samping buat kaum lelaki.

SUMBANGAN KEPADA MASJID

Cara memberi sumbangan untuk Masjid Ar-Raudhah:

1. PayNow: UEN S93MQ0024E. Selepas membuat sumbangan, sila WhatsApp <Dakwah MUP><Nama><Jumlah> ke talian 9461-4306.

2. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 501-806368-001.

3. Hantaran cek atas nama Lembaga Pentadbir Masjid Ar-Raudhah dan poskan ke alamat Masjid Ar-Raudhah, 30 Bukit Batok East Ave 2, Singapura 659919.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg