Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pakej ‘Mesra Muslim’ baru Dreamcation ke Chengdu, Chongqing

Destinasi di China indah alam semula jadi, ramai penduduk Muslim, kaya sejarah serta budaya Islam
Aug 15, 2025 | 5:30 AM
DREAMCATION CRUISES & TOURS, songpan, sichuan
Sebuah masjid di Songpan, di wilayah Sichuan, terserlah dengan seni binanya yang unik, sarat dengan nilai estetika, serta menyimpan sejarah Islam yang kaya dan bermakna. - Foto DREAMCATION CRUISES & TOURS

Melancong ke China tidak semestinya terbatas kepada lawatan ke Tembok Besar. Negara besar dan kaya dengan sejarah ini menawarkan pelbagai destinasi menarik, antaranya adalah Chengdu, ibu kota wilayah Sichuan yang terkenal dengan keunikan budaya dan tarikan semula jadinya, dan kota raya Chongqing.

Selain terkenal dengan pemandangan semula jadi yang memukau, Chengdu mempunyai masyarakat Islam yang juga kaya dengan sejarah dan budaya tersendiri mereka. Terdapat lebih 51 kumpulan etnik minoriti di China, termasuk kaum Muslim Hui dan Tibet, yang tinggal di daerah ini.

Cuaca Chengdu yang sederhana sepanjang tahun menjadikan ia destinasi yang sesuai dilawati pada bila-bila masa – baik pada musim sejuk untuk bermain salji atau musim bunga bagi menikmati keindahan alam semula jadi berwarna-warni mahupun musim luruh apabila dedaun berwarna cerah, kuning serta merah.

Dreamcation Cruises & Tours kini menawarkan tiga pakej ‘Mesra Muslim’ baru ke China, khususnya Chengdu dan Chongqing. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang juga pengasas syarikat tersebut, Encik Sujimy Mohamad, berkata Dreamcation kerap menyediakan destinasi pelancongan yang menepati cita rasa, gaya hidup dan keperluan Muslim, termasuk makanan halal, kemudahan menunaikan solat dan lawatan ke tempat bersejarah Islam.

“Sempena pameran Natas Holidays 2025 kali ini, kami memperkenalkan tiga pakej baru ke Chengdu dan Chongqing, khas buat pelancong yang meminati destinasi melancong menarik, cantik, dan lain daripada yang lain,” ujar Encik Sujimy. Natas adalah Persatuan Ejen Pelancongan Nasional Singapura.

Mungkin ada yang bertanya, mengapa Sichuan dan Chongqing harus dijelajahi?

“Sebenarnya, Sichuan kaya dengan sejarah Islam. Pakej kami termasuk juga lawatan ke Muslim Street di Songpan dan masjid tempatan. Chengdu, ibu kota wilayah Sichuan, juga dikenali sebagai ‘Hometown of the Panda,” kata Encik Sujimy.

“Pelancong akan melawat Pusat Penyelidikan Pembiakan Panda di Dujiangyan. Bagi pencinta alam dan fotografi, wajib mengunjungi Jiuzhaigou Valley. Selain lawatan, pelancong akan menonton dan melalui sebuah pengalaman budaya unik, iaitu Opera Pertukaran Wajah Sichuan dan Persembahan Muzik & Tarian Tibet Zang Mi.

Menurut Encik Sujimy, Chongqing adalah antara bandar China yang paling underrated, atau kurang diberi perhatian, tetapi ia sebenarnya sebuah destinasi paling instagrammable, atau sesuai untuk Instagram.

“Acara ‘Pelayaran Malam Dua Sungai’ yang memukau termasuk dalam pakej Chongqing. Bagi yang gemar bermain salji atau suasana bersalji pula, acara ‘Dunia Salji & Ais Qiong Qia’ dalam pakej ini pasti menyeronokkan, kata beliau.

PAKEJ BARU & HIDANGAN HALAL

Tiada masalah untuk mendapatkan makanan halal di China, menurut Encik Sujimy. Ini kerana terdapat banyak restoran yang menawarkan hidangan halal, lebih-lebih lagi di daerah yang didiami ramai orang Islam. Masakan tempatan bukan lazat sahaja, bahkan kaya dengan cita rasa unik dan memikat selera.

Tiga pakej ‘Mesra Muslim’ baru melancong ke Sichuan dan Chongqing yang ditawarkan Dreamcation sempena NATAS Holidays 2025 kali ini adalah:

– 7 Hari 6 Malam Cantik Chengdu

– 8 Hari 7 Malam Cantik Chengdu Snow Fun

– 7 Hari 6 Malam Cantik Bandar Kembar Chengdu dan Chongqing

Bagi yang berminat, Encik Sujimy mengusulkan membuat tempahan bersama Dreamcation Cruises & Tours di Reruai 5H32 semasa pameran NATAS Holidays 2025 di Singapore Expo Hall 5 dari 15 hingga 17 Ogos.

”Semasa pameran ini, anda berpeluang membawa pulang hadiah utama dalam acara Cabutan Bertuah Akhir Tahun, atau, ‘Year-End Grand Lucky Draw’, kami. Anda berpeluang memenangi jongkong emas 50 gram bernilai hingga $8,000. Anda akan juga menikmati pelbagai diskaun eksklusif dan tawaran hebat, potongan harga untuk tempahan seterusnya serta hadiah-hadiah menarik seperti beg bagasi percuma.

“Promosi ini meliputi dari tarikh keberangkatan hingga Jun 2026, termasuk pada musim cuti sekolah, cuti umum, dan cuti hujung tahun. Ia sangat baik bagi yang merancang percutian bersama keluarga dan orang tersayang. Harga pakej kami bermula daripada serendah $888 untuk destinasi terpilih,” tambah Encik Sujimy.

MAKLUMAT LANJUT

UNTUK TEMPAHAN PAKEJ PELANCONGAN & PERTANYAAN:

– Sila WhatsApp ke talian +65 6228-5287 atau talian + 65 6513-2627

– Kunjungi pejabat Dreamcation Cruises & Tours di 12 Woodlands Square, Woods Square Tower 1, #11-78, Singapura 737715

– Lungsuri laman: www.dreamcation.com.sg

– Lungsuri saluran Telegram: t.me/DreamcationSG

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg