Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pameran ‘Empress of the Cradle’ ambil tempoh 3 dekad untuk dihasilkan

Sep 17, 2023 | 2:00 PM
BERSIFAT PERIBADI: Pameran pelukis Sunar Sugiyou, ‘Empress of the Cradle’ bersifat peribadi itu mengembara kembali ke tempat kelahiran bapanya di Jawa Tengah, Indonesia. 
BERSIFAT PERIBADI: Pameran pelukis Sunar Sugiyou, ‘Empress of the Cradle’ bersifat peribadi itu mengembara kembali ke tempat kelahiran bapanya di Jawa Tengah, Indonesia.  - Foto-foto ihsan SUNAR SUGIYOU

Pameran lukisan secara solo ke-4 Empress of the Cradle dianggap Sunar Sugiyou sebagai pameran amat penting baginya.

Ini kerana, karya lukisan bersifat peribadi itu mengembara kembali ke masa lalu – ke tanah tumpah darah – tempat kelahiran bapanya di Jawa Tengah, Indonesia.

Lakaran 16 lukisan menggunakan teknik dakwat cair Cina yang dipamerkan mengambil masa tiga dekad untuk digambarkan di kertas. 

“Dalam dunia kita yang semakin membingungkan, akan tiba masanya kita perlu mengesahkan dan menjalin semula hubungan kita dengan asal usul serta mengakui sejarah kita,” ujar Sunar.

HASIL TANGAN PELUKIS: ‘Roro Jonggrang Prambanan’, menggunakan pastel.
HASIL TANGAN PELUKIS: ‘Roro Jonggrang Prambanan’, menggunakan pastel. - Foto SUNAR SUGIYOU
GAMBARAN ATAS KERTAS: Pameran lukisan ‘Empress of the Cradle’ mempamerkan 16 lukisan menggunakan teknik dakwat cair Cina.
GAMBARAN ATAS KERTAS: Pameran lukisan ‘Empress of the Cradle’ mempamerkan 16 lukisan menggunakan teknik dakwat cair Cina. - Foto SUNAR SUGIYOU

Kembara beliau, pada usia 15 tahun, bersama bapa bermula pada 1976 untuk menjejaki semula keturunan di kampung Pacing Wedi, Jawa Tengah, yang telah ditinggalkan bapanya semasa Perang Dunia Kedua pada 1940. 

Bapa beliau berpesan agar Sunar tidak sekali-kali melupakan asal usul mereka “kerana dari situ kita mengenal siapa kita”.

Dalam pencarian itu, akhirnya bapa Sunar berhasil menjejaki kembali ibu bapa serta adik-beradik yang sekian lama terpisah.

Suasana pertemuan sangat syahdu bercampur gembira.

Sunar turut dibawa melawat Candi Prambanan di Jogjakarta buat kali pertama.

LUKISAN BERMAKNA: ‘Candi Plason Kidul Klaten’ (kiri) dan ‘Candi Plaosan 2 Kidul Klaten’, dihasilkan dengan menggunakan dakwat Cina.
LUKISAN BERMAKNA: ‘Candi Plason Kidul Klaten’ (kiri) dan ‘Candi Plaosan 2 Kidul Klaten’, dihasilkan dengan menggunakan dakwat Cina. - Foto SUNAR SUGIYOU

Candi atau kuil Prambanan memaparkan keagungan seni dan seni bina Hindu Jawa kuno.

Bangunan candi dibina memuncak seperti Gunung Kosmik yang berasaskan dua konsep, kerohanian asas Gunung Kosmik dan Pohon Kehidupan.

Kedua-dua itu telah digabungkan secara unik ke dalam simbol gunung; yang mungkin merupakan simbol budaya Jawa yang paling dikenali. Gunung juga merupakan salah satu karakter dalam persembahan wayang kulit.

Dalam kepercayaan Jawa, Gunung Kosmik melambangkan alam semesta dan telah wujud sebelum masa bermula. Ia mewakili kedua-dua dunia yang wujud dan ghaib.

Masyarakat Jawa juga berpendapat pergunungan itu melambangkan kosmos, permulaan dan pengakhiran segala-galanya.

“Saya tidak ada kata-kata untuk menggambarkan betapa hebat dan cantik struktur mega di depan saya.

“Saya melihat alam semesta dari kaca mata yang baru dan kelainan. Prambanan seperti detik permulaan dan akhir buat segalanya. Saya diam seribu bahasa,” kongsi Sunar.

PAPAR SENI BINA JAWA KUNO: ‘Ayun Ayunan’ dihasilkan dengan pastel dan dilukis di atas kain linen.
PAPAR SENI BINA JAWA KUNO: ‘Ayun Ayunan’ dihasilkan dengan pastel dan dilukis di atas kain linen. - Foto SUNAR SUGIYOU
PERLAMBANGAN NYATA: Pemasangan seni ‘Assemblage: Bersatu teguh bercerai runtuh’ dihasilkan dengan tanah liat buatan sendiri, batu kerikil, pasir dan dawai.
PERLAMBANGAN NYATA: Pemasangan seni ‘Assemblage: Bersatu teguh bercerai runtuh’ dihasilkan dengan tanah liat buatan sendiri, batu kerikil, pasir dan dawai. - Foto SUNAR SUGIYOU

Saya mewarisi harta yang amat berharga yang ditinggalkan bapa saya. Ia adalah kesedaran tentang asal usul tanah tumpah darah serta pertalian kekeluargaan.

Lakaran Prambanan dilukis sebagai tanda penghargaan kepada bapa Sunar.

BUTIRAN PAMERAN

  1. Sunar Sugiyou, ‘Empress of the Cradle’
  2. 7 hingga 18 September
  3. Tempat: Suite 88A, Deskar Road, Singapura 209610
  4. Masa: 1 petang hingga 7 malam
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg