Peminat filem popular Jurassic World berpeluang melihat adegan ikonik dalam filem tersebut di Gardens by the Bay mulai 29 Mei.
Adegan-adegan itu telah dicipta semula dengan kesan animatronik canggih dan pameran interaktif.
Dinamakan Jurassic World: The Experience, pameran interaktif itu akan diadakan di konservatori Cloud Forest.
Beberapa spesies dinosaur akan dipaparkan, termasuk – brachiosaurus setinggi 8.5 meter di pintu masuk Cloud Forest, tyrannosaurus rex, anak dinosaur di kawasan zoo membelai, dan compsognathus, atau ‘Compys’ yang bersembunyi di jalanan berkebun.
Pengunjung juga boleh mencuba ‘Evolution Walk’ atau Jalan Evolusi yang membolehkan mereka mempelajari tentang spesies tumbuhan tua, yang wujud sebelum tumbuhan bunga-bunga.
Tumbuhan bunga purba juga akan dipamerkan, untuk menunjukkan evolusi tumbuhan berzaman-zaman.
Konservatori Cloud Forest, mencipta iklim sejuk lembab yang terdapat di kawasan hutan pergunungan – antara 1,000 meter dengan 3,500 meter di atas paras laut.
Lebih 72,000 tumbuhan hidup subur di hutan, dengan lebih 50 spesis dengan kaitan yang boleh dikesan kembali ke zaman Jurassic.
Francais Jurassic World merupakan salah satu siri filem yang paling berjaya dari segi kewangan sepanjang zaman, meraih kutipan sekurang-kurangnya AS$6 bilion ($8.05 bilion) di seluruh dunia.
Keenam-enam filem mereka adalah: Jurassic Park (1993), The Lost World: Jurassic Park (1997), Jurassic Park 3 (2001), Jurassic World (2015), Jurassic World: Fallen Kingdom (2018) dan Jurassic World: Dominion (2022).
Terdahulu, dari 2022 hingga 2023, pameran berdasarkan siri filem popular Avatar: The Experience juga diadakan di Cloud Forest.
Pameran di Gardens by the Bay itu merupakan satu kerjasama antara Neon, sebuah syarikat pengalaman hiburan antarabangsa dan Universal Live Entertainment, anak syarikat di bawah Universal Parks & Resorts.
Pengerusi dan Ketua Eksekutif Kumpulan Neon, Encik Ron Tan, berkata pengunjung pameran boleh menantikan gabungan penceritaan sinematografi dengan keindahan semula jadi di Cloud Forest.
Beliau turut berkata ia akan merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi pengunjung.
“Pengunjung dapat belajar bagaimana ekosistem prasejarah telah menubuhkan cakerawala kita dalam ruang Cloud Forest, dan cara evolusi tumbuhan yang menakjubkan berjuta-juta tahun sejak zaman Jurassic,” kata Ketua Eksekutif Gardens by the Bay, Encik Felix Loh.
Menurut jurucakap Neon, harga tiket bagi kegiatan itu akan diumumkan pada Mei.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk ke jurassicworldexperience.com/sg.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg