Pameran Persatuan Ejen Pelancongan Nasional Singapura (Natas) kembali untuk edisi ke-60 pada 16-18 Ogos di Dewan 4 dan 5 Singapore Expo.
Dengan lebih 70 pempamer termasuk 40 ejen pelancongan, di samping syarikat penerbangan, pengendali pelayaran, Pertubuhan Pelancong Kebangsaan (NTO) serta pempamer berkaitan pelancongan lain seperti penyedia insurans perjalanan, pengunjung boleh mendapati tawaran dan pakej pelancongan yang hebat sambil menikmati persembahan dan sesi perkongsian oleh pakar industri.
Wakil baru seperti Pihak Berkuasa Pelancongan dan Pameran Bahrain 9 NTO, dan Kyoto by the Sea DMO adalah antara pempamer baru bagi edisi 2024 yang bertemakan ‘Your World and Beyond’.
Dalam pada itu, pengunjung juga dapat menantikan persembahan yang dibawakan oleh Brunei, yang dipilih sebagai rakan kongsi destinasi untuk Cuti Natas 2024.
“Pameran pelancongan Natas telah berkembang dengan ketara sejak penubuhannya, dan ia berfungsi sebagai hab penting dengan ejen pelancongan dan organisasi berkaitan pelancongan boleh berkumpul untuk berkongsi kepakaran melancong terbaik dengan para pelancong,” kata Presiden Natas, Encik Steven Ler.
Pameran tersebut dibuka dari 10 pagi hingga 9.30 malam. Masuk percuma.
Maklumat lanjut boleh didapati di laman www.natastravelfair.travel.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg