Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pameran pengantin lebih gah bagi awal 2025 

Jan 10, 2025 | 5:30 AM
Pelbagai acara menarik tersedia seperti peragaan busana pengantin di pameran, ‘Mega Wedding & Lifestyle 2025’, yang berlangsung pada 10 hingga 12 Januari, bertempat di Singapore Expo.
Pelbagai acara menarik tersedia seperti peragaan busana pengantin di pameran, ‘Mega Wedding & Lifestyle 2025’, yang berlangsung pada 10 hingga 12 Januari, bertempat di Singapore Expo. - Foto MEGAXPRESS INTERNATIONAL PTE LTD

Sempena kedatangan tahun baru 2025, pameran perkahwinan, Mega Wedding & Lifestyle 2025, berlangsung dari 10 hingga 12 Januari, bertempat di Dewan 6A, Singapore Expo.

Anjuran MegaXpress International Pte Ltd, acara tiga hari itu menjanjikan kepelbagaian, khususnya untuk bakal mempelai, dan semuanya tersedia di bawah satu bumbung.

Antara lain ia menawarkan keperluan katering, dekorasi pengantin, andaman, kek dan berkat, fotografi dan videografi, liburan serta keperluan gaya hidup.

Selain itu, beraneka hidangan dan minuman menarik tersedia untuk orang ramai mencubanya.

Pameran, Mega Wedding & Lifestyle 2025, yang pertama bagi tahun ini juga menampilkan lebih 150 reruai, dan pelbagai kegiatan.

Pegerai atau vendor popular dari luar negara juga turut menyertai acara ini.

Antara atur cara yang tersedia ialah segmen pertandingan, peragaan pakaian pengantin, pertunjukan kecantikan, solekan dan dandanan rambut bagi pengantin, ceramah interaktif, cabutan bertuah, hiburan dan banyak lagi.

Menurut Pengurus Komunikasi MegaXpress International, Cik Reny Delfina Hamzah, pameran perkahwinan anjuran syarikatnya itu menjanjikan kepelbagaian, dan memberikan banyak pilihan unik untuk bakal mempelai.

Beliau menganggarkan, 50,000 hingga 80,000 bakal mempelai dan orang ramai menghadiri pameran kali ini.

Mega Wedding & Lifestyle 2025 merupakan satu-satunya pameran pengantin terbesar, dengan keluasan ruang sehingga 5,000 meter persegi berserta lebih 150 reruai.

“Keperluan lengkap perkahwinan di bawah satu bumbung ini memberikan pilihan rencam untuk orang ramai, khususnya bakal mempelai.

“Pameran ini menjanjikan kepuasan kepada bakal mempelai yang sedang mencari bahan untuk majlis perkahwinan mereka.

“Ada juga program yang pasti memberi manfaat kepada bakal mempelai seperti segmen SG Bridal Runway – peragaan kolektif oleh butik-butik pengantin Singapura yang terkemuka mempamerkan koleksi fesyen baju pengantin moden dan tradisional terkini di pasaran.

“Atas permintaan ramai, orang ramai juga boleh menyaksikan pertandingan pakaian pengantin, Busana Pengantin Moden, dibawakan khas buat kali keenam dari Indonesia,” jelas Cik Reny.

Cik Reny turut berkata dalam kegiatan seperti RSVP & Win orang ramai berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik, bernilai sehingga $550.00 tajaan syarikat tempatan, SipSnapSlurp.

“Ada juga kegiatan yang kami anjurkan untuk bakal mempelai. Terutama sekali kepada mereka yang telah mendaftar awal. Mereka bakal menikmati kopi tajaan SipSnapSlurp selain menerima rakaman video percuma dalam acara, Glam Bot video.

“Dalam kegiatan RSVP & Win pula, pasangan bertuah berpeluang menangi “Unlimited 3-Hour PhotoBooth Experience” bernilai $550.00, tajaan SipSnapSlurp!

“Jadi, kami amat mengalu-alukan kedatangan bakal raja dan permaisuri sehari agar mereka tidak terlepas peluang menangi hadiah dan pakej yang pasti menarik perhatian dan hati mereka ini,” tambah Cik Reny.

Penerima manfaat daripada pameran, Mega Wedding & Lifestyle 2025 ini ialah Masjid Darul Ghufran.

Masuk ke pameran ini percuma.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman Facebook (FB) MegaXpress International atau Instagram (IG) Megaxpress International.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg