Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Panduan bagi perkukuh piawaian perniagaan Asean-EU dilancar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Panduan bagi perkukuh piawaian perniagaan Asean-EU dilancar

Feb 01, 2024 | 06:47 PM



Satu panduan bersama bertujuan memudahkan persefahaman antara syarikat perniagaan Asean dan Kesatuan Eropah (EU) selain menyelaraskan proses untuk aliran data rentas sempadan telah dilancarkan pada 1 Februari.

Dinamakan sebagai Panduan Bersama Fasal-fasal Kontraktual Model Asean dan Fasal-Fasal Piawaian EU, panduan itu akan memberi manfaat kepada perusahaan kecil dan sederhana (SME) serta syarikat lebih kecil daripada terlibat dalam rundingan kontrak yang panjang mengenai aliran data rentas sempadan.

Berucap semasa majlis perasmian Mesyuarat Menteri-Menteri Digital Asean (ADGMIN) keempat yang diadakan di Hotel Shangri-La, Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, berkata pelancaran itu penting kerana Asean yang lebih bersepadu dan terhubung secara digital akan memberi manfaat kepada semua negara anggotanya.

“Asean ialah rakan dagangan ketiga terbesar EU, manakala EU ialah pelabur kedua terbesar di Asean, setelah melabur AS$26.5 bilion ($35 bilion) dalam ekonomi kita pada 2021.

“Singapura sahaja mempunyai lebih daripada 14,000 perniagaan Eropah yang menggunakan kita sebagai ibu pejabat serantau, logistik dan pusat pengedaran mereka untuk rantau ini,” kata Cik Teo.

Ini adalah kali pertama selepas 11 tahun Singapura menjadi tuan rumah kepada menteri yang menyelia portfolio digital. Kali terakhir ia diadakan pada 2013 dan diketuai oleh Profesor Yaacob Ibrahim – menteri perhubungan dan penerangan ketika itu.

Ketika itu, mesyuarat itu dikenali sebagai Mesyuarat Menteri-Menteri Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat (Telmin), yang memberi tumpuan terutamanya kepada telekomunikasi.

ADGMIN, yang berlangsung dari 1 hingga 2 Februari, akan menyaksikan Cik Teo menggalas peranan sebagai Pengerusi mesyuarat bersama menteri digital Asean, manakala Menteri Ekonomi Digital dan Masyarakat Thailand, Encik Prasert Janthararuangthong, akan berkhidmat sebagai Naib Pengerusi.

Semasa mesyuarat dua hari itu, menteri-menteri digital Asean dijangka terlibat dalam perbincangan menyeluruh berkaitan tadbir urus kecerdasan buatan (AI) dan memupuk kerjasama Asean untuk memerangi penipuan dalam talian.

Semasa ucapannya, Cik Teo juga mengucapkan terima kasih kepada negara anggota Asean atas sokongan padu dan sumbangan mereka dalam mewujudkan Panduan Asean mengenai Tadbir Urus dan Etika AI.

“Kita semua mempunyai minat untuk menyokong penggunaan AI bagi membantu mengembangkan industri dan perusahaan kita. Begitu juga, kita ingin melindungi masyarakat kita daripada bahaya penggunaan AI yang tidak bertanggungjawab atau tidak beretika.

“Ini merupakan isyarat penting kepada masyarakat global pembangun, pencipta dan pembuat dasar AI untuk peka tentang keperluan dan jangkaan kita, semasa anda mereka bentuk produk dan perkhidmatan atau membangunkan peraturan yang pasti akan dipengaruhi oleh pekerja kita.

“Pada masa yang sama, dengan mengemukakan satu garis panduan yang sama, kita membantu anda memenuhi keperluan kita dengan cara yang lebih saling beroperasi dan bersatu,” kata Cik Teo.

Perhimpunan menteri digital juga akan menyaksikan mesyuarat serentak diadakan melibatkan perwakilan dari negara anggota Asean bersama rakan dialog dan pembangunan seperti China, Jepun, Amerika Syarikat dan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa.

Negara anggota Asean termasuk Singapura, Brunei, Kemboja, Indonesia, Myanmar, Laos, Malaysia, Filipina, Thailand dan Vietnam. ADGMIN 2024 juga mengalu-alukan peserta kali pertama Timor-Leste sebagai pemerhati.

Dianjurkan di bawah tema “Membina Ekosistem Digital yang Inklusif dan Dipercayai”, ADGMIN yang dihoskan oleh Singapura, menggariskan iltizam antara Singapura dengan Asean untuk meningkatkan akses kepada teknologi digital, alatan dan peluang untuk semua negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >