Panduan baru dilancar bantu pengilang S’pura kembang operasi di Johor

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Panduan baru dilancar bantu pengilang S’pura kembang operasi di Johor

Jan 30, 2026 | 6:37 PM

Panduan baru dilancar bantu pengilang S’pura kembang operasi di Johor

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
SMF, JS-SEZ, johor
Panduan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dilancarkan oleh Presiden Persekutuan Perusahaan Singapura (SMF), Encik Lennon Tan (empat dari kiri), dan Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Ehwal Luar), Cik Gan Siow Huang (empat dari kanan) pada Sidang Puncak Hari Perkilangan SMF pada 30 Januari. - Foto SMF

Satu panduan bagi pengilang yang merancang beroperasi di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah dilancarkan oleh Persekutuan Perkilangan Singapura (SMF) sebagai usaha mendorong perniagaan bekerjasama lebih rapat dengan rakan serantau.

Sidang Puncak Hari Perkilangan 2026 pada 30 Januari juga menyaksikan penandatanganan lapan perjanjian, termasuk satu antara SMF dengan Persatuan Kawasan Perindustrian Indonesia untuk memperkukuh kerjasama dalam pembangunan kawasan perindustrian.

Kerjasama serantau yang kukuh menjadi semakin penting memandangkan gangguan rantaian bekalan, ketegangan geopolitik dan cabaran iklim merupakan realiti harian, kata Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Ehwal Luar), Cik Gan Siow Huang, pada acara tahunan itu.

“Dalam konteks ini, bekerjasama dengan rakan serantau adalah penting untuk membuka peluang pertumbuhan baru dan memperkukuh daya tahan,” ujarnya.

Cik Gan menekankan hubungan lama Singapura dengan Batam, Bintan dan Karimun di Indonesia, serta Johor di Malaysia, yang katanya menawarkan peluang kepada pengilang yang ingin menempatkan kegiatan mereka di Asia Tenggara.

Keutamaan lain bagi pengilang Singapura termasuk menyepadukan kemampanan ke dalam operasi mereka, serta membangunkan bakat kerana kecerdasan buatan (AI), robotik canggih dan pendigitalan membentuk semula industri, kata Cik Gan.

Beliau menambah panduan JS-SEZ akan membolehkan perniagaan “mengakses maklumat mengenai peraturan, pergerakan bakat, pembangunan prasarana dan saluran sokongan bagi merancang serta beroperasi dengan yakin di kedua-dua pasaran”.

Panduan itu turut menampilkan sumbangan daripada rakan SMF seperti Enterprise Singapore (EnterpriseSG) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida).

Presiden SMF, Encik Lennon Tan, berkata persatuan perdagangan itu “berhasrat menyokong syarikat dengan kitaran keputusan lebih pantas, laluan pelaburan lebih jelas dan keyakinan lebih tinggi dalam melaksanakan penubuhan rentas sempadan di JS-SEZ”.

Persatuan itu berinteraksi dengan lebih 100 perniagaan sejak Julai 2025 untuk meningkatkan kesedaran mengenai JS-SEZ.

Ia juga memudahkan lawatan tapak ke Johor, serta menyokong pengilang yang bersedia meneruskan rancangan pengembangan, dengan memberi nasihat mengenai peraturan dan kemungkinan kerjasama.

SM Metal Solutions, yang berpangkalan di Singapura, baru-baru ini menyertai lawatan tapak SMF.

Syarikat tersebut mengendalikan gudang di Johor selama lebih sedekad dan ingin meneroka kemungkinan membuka kilang di JS-SEZ.

Pengarah syarikat, Encik Lim Yeong Chuan, berkata:

“Apabila kami mengembangkan perniagaan, sebahagian pelanggan luar negara datang kepada kami dan bertanya sama ada kami boleh menyokong mereka dengan lebih banyak produk.

“Malaysia adalah tempat yang semula jadi bagi kami kerana kami mempunyai akses kepada tanah untuk perkilangan.

“Ia juga sangat dekat dengan rumah kami di Singapura.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg