Panel disiplin WP sedia dengar pandangan anggota parti berhubung sabitan Pritam

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Panel disiplin WP sedia dengar pandangan anggota parti berhubung sabitan Pritam

Jemputan terbuka kepada semua anggota dengan sesi berlangsung dalam beberapa minggu akan datang
Feb 4, 2026 | 4:27 PM

Panel disiplin WP sedia dengar pandangan anggota parti berhubung sabitan Pritam

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
pritam, panel disiplin, siasatan disiplin , Pritam Singh, Parti Pekerja, Panel Tatatertib WP
Jemputan dari panel tatatertib itu difahamkan terbuka kepada semua anggota Parti Pekerja (WP). - Foto ST

Panel tatatertib Parti Pekerja (WP) telah mengundang semua anggotanya untuk menyuarakan pandangan berhubung siasatan ke atas Setiausaha Agung parti, Encik Pritam Singh, atas kemungkinan melanggar perlembagaan parti.

Berbeza dengan proses disiplin Cik Raeesah Khan pada 2021 yang hanya melibatkan kader (kumpulan teras), jemputan kali ini terbuka kepada semua anggota.

Sesi-sesi ini akan berlangsung dalam beberapa minggu akan datang.

Panel itu dibarisi oleh Anggota Parlimen (AP) GRC Sengkang, Cik He Ting Ru dan Profesor Madya Jamus Lim, serta mantan AP Hougang, Encik Png Eng Huat.

Penubuhannya susulan keputusan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) pada 2 Januari, setelah Encik Pritam didapati bersalah pada Februari 2025 kerana berbohong kepada Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen (COP), keputusan yang dikekalkan Mahkamah Tinggi pada Disember 2025.

Mahkamah mendapati Encik Pritam bersalah kerana mendorong Cik Raeesah meneruskan pembohongan di Parlimen pada Ogos 2021 dan beliau sendiri berbohong kepada jawatankuasa itu tentang tindakannya meminta Cik Raeesah berterus terang.

CEC telah memberikan panel itu tempoh tiga bulan, mulai 3 Januari, untuk menentukan sama ada Encik Pritam melanggar perlembagaan parti.

Meskipun Encik Pritam dilucutkan jawatan Ketua Pembangkang (LO) oleh Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong pada 15 Januari – dan WP menolak jemputan untuk mencalonkan AP lain bagi mengisi peranan itu – timbul spekulasi bahawa beliau mungkin kekal sebagai Setiausaha Agung parti.

Ini didorong oleh hakikat bahawa semua 11 AP WP, termasuk anggota panel Cik He dan Profesor Madya Lim, mengundi menentang usul di Parlimen pada Januari yang menyatakan Encik Pritam tidak sesuai untuk jawatan LO.

Kesemua mereka juga merupakan anggota CEC.

Dapatan panel akan menjadi asas bagi persidangan khas anggota parti, yang diminta oleh lebih 20 kader, untuk membincangkan tindakan Encik Pritam.

Persidangan ini hanya akan diadakan setelah proses disiplin parti selesai.

Artikel ini telah dikemas kini untuk menambah ketepatannya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg