Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Panglima pertahanan M’sia lawat S’pura, temui Eng Hen

Jan 22, 2025 | 3:51 PM
Panglima Pasukan Pertahanan (CDF)  Angkatan Bersenjata Malaysia (ATM), Jeneral ​​Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman (kiri), bertemu Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen di Kementerian Pertahanan pada 21 Januari.
Panglima Pasukan Pertahanan (CDF) Angkatan Bersenjata Malaysia (ATM), Jeneral ​​Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman (kiri), bertemu Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen di Kementerian Pertahanan pada 21 Januari. - Foto MINDEF

Panglima Pasukan Pertahanan (CDF) Angkatan Bersenjata Malaysia (ATM), Jeneral ​​Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman, mengakhiri lawatannya ke Singapura dengan bertemu Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen di Kementerian Pertahanan (Mindef) pada 21 Januari.

Datuk Seri Mohammad melawat Singapura dari 20 hingga 21 Januari, kata Mindef dalam kenyataannya pada 21 Januari.

Semasa pertemuan mereka, Dr Ng mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Mohammad atas sumbangannya dalam meningkatkan lagi kerjasama dua hala dan memperdalam hubungan rakyat dengan rakyat antara Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan ATM.

Sebagai sebahagian daripada lawatannya, Datuk Seri Mohammad juga bertemu CDF Laksamana Madya Aaron Beng selepas memeriksa Kawalan Kehormatan di Mindef.

Jeneral ​​Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman memeriksa Kawalan Kehormatan di Kementerian Pertahanan (Mindef).
Jeneral ​​Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman memeriksa Kawalan Kehormatan di Kementerian Pertahanan (Mindef). - Foto MINDEF

Lawatan beliau ke Singapura menggariskan kemesraan dan hubungan pertahanan dua hala antara Singapura dengan Malaysia yang sudah lama wujud.

Mindef berkata kededua pertahanan Singapura dan Malaysia berinteraksi secara kerap melalui pelbagai aktiviti, antaranya, latihan dua hala dan pelbagai hala, lawatan, pertukaran profesional, menghadiri silang kursus di platform seperti Mesyuarat Menteri Pertahanan Asean (ADMM) dan ADMM-Plus. 

“Interaksi sedemikian mengukuhkan persefahaman bersama dan hubungan profesional antara anggota kededua angkatan tentera,” kata Mindef.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg