Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Panglima Tentera Laut M’sia lawat S’pura, perkukuh hubungan dua negara

Nov 13, 2024 | 6:33 PM
Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain bertemu Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen (kanan), dan membincangkan kerjasama pertahanan mengenai perkembangan keselamatan di rantau ini.
Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain bertemu Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen (kanan), dan membincangkan kerjasama pertahanan mengenai perkembangan keselamatan di rantau ini. - Foto MINDEF

Panglima Tentera Laut Malaysia, Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain, bertemu Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, pada 13 November, dalam lawatan pengenalan beliau ke Singapura.

Sewaktu pertemuan mereka, Dr Ng dan Laksamana Zulhelmy menegaskan lagi kepentingan mengekalkan hubungan erat antara Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (RMN), serta membincangkan perkembangan keselamatan serantau.

Laksamana Zulhelmy, yang berkunjung ke Singapura selama tiga hari dari 12 hingga 14 November, turut bertemu Panglima Tentera Laut, Laksamana Muda (Dua Bintang) Sean Wat, setelah memeriksa kawalan kehormatan di Kementerian Pertahanan (Mindef) dan saling membincangkan peluang mengukuhkan hubungan RSN-RMN.

“Lawatan Laksamana Zulhelmy menekankan hubungan pertahanan dua hala yang mesra dan lama antara Singapura dengan Malaysia.

“RSN dan RMN kerap berinteraksi melalui latihan dua hala, lawatan dan pertukaran profesional.

“Interaksi ini telah meningkatkan persefahaman dan hubungan profesional antara kedua-dua angkatan laut,” kata Mindef dalam satu kenyataannya.

Menurut Mindef lagi, selain usaha bersama menjaga keselamatan maritim serantau melalui Rondaan Selat Melaka (MSP), kededua angkatan laut itu turut berinteraksi melalui latihan yang dijalankan di bawah platform berbilang hala seperti Persetujuan Pertahanan Lima Negara, Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Asean (ADMM) dan ADMM-Plus.

Sebagai sebahagian lawatan beliau, Laksamana Zulhelmy akan mengunjungi RSS Singapura – Pangkalan Tentera Laut Changi – pada pagi 14 November.

Beliau akan melawat Pusat Penyebaran Maklumat (IFC) dan dihoskan di atas frigat kelas Formidable RSN, RSS Supreme, dan menghadiri majlis perasmian Latihan Malapura 2024 bersama Laksamana Muda Wat.

Dijalankan daripada 13 hingga 24 November, latihan tersebut bertujuan memperingati ulang tahun ke-40 latihan dua hala utama antara RSN dengan RMN.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg