Parlimen Ke-15 S’pura sidang pada 5 Sep
Jun 13, 2025 | 5:34 PM
Sesi pertama Parlimen Ke-15 Singapura akan bersidang pada 5 petang, 5 September. Sidang akan dimulakan dengan pemilihan Speaker Parlimen dan upacara mengangkat sumpah semua Anggota Parlimen (AP) yang baru dipilih. - Foto ST
Parlimen ke-15 akan bersidang untuk sesi pertamanya pada 5 petang, 5 September, dan semua Anggota Parlimen (AP) yang baru dipilih akan mengangkat sumpah.
Sidang itu akan dimulakan dengan pemilihan Speaker Parlimen dan upacara mengangkat sumpah AP, kata Ketua Dewan, Cik Indranee Rajah, dalam satu kenyataan pada 13 Jun.
Di sesi itu, Presiden Tharman Shanmugaratnam, akan menyampaikan ucapan pembukaan yang menggariskan keutamaan, dasar dan program pemerintah.
Ia akan diikuti dengan perbahasan mengenai Ucapan Presiden dari 22 hingga 26 September.
Laporan berkaitan
PM Wong: Pemerintah akan pastikan negara makmur, selamatMay 23, 2025 | 9:56 PM
Tharman: Perpaduan kunci bagi S’pura hadapi cabaran masa depanMay 23, 2025 | 9:04 PM

