Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Parlimen tunggu keputusan kes mahkamah Iswaran sebelum putus keperluan COI: Indranee

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen tunggu keputusan kes mahkamah Iswaran sebelum putus keperluan COI: Indranee

Feb 05, 2024 | 07:48 PM



Parlimen akan menunggu kes mahkamah mantan menteri pengangkutan, S Iswaran, selesai sebelum memutuskan sama ada Jawatankuasa Siasatan (COI) diperlukan, kata Ketua Dewan, Cik Indranee Rajah.

​Beliau berkata demikian di Parlimen pada 5 Februari sebagai menjawab soalan Encik Yip Hon Weng (Yio Chu Kang), yang bertanya sama ada COI perlu untuk menyiasat perkara itu dengan lebih lanjut bagi mengesahkan pendirian pemerintah dalam memastikan sistem itu bebas daripada rasuah.

Iswaran telah ditahan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) pada Julai 2023 dan dibebaskan dengan ikat jamin.

Pada 18 Januari lalu, dia dihadapkan dengan 27 pertuduhan, meliputi dua tuduhan rasuah, 24 tuduhan menerima suapan daripada seseorang yang terlibat dalam urusan perniagaan bersamanya ketika bertugas sebagai penjawat awam dan satu tuduhan mengganggu proses pengadilan.

Dia dituduh menerima rasuah dengan ganjaran bernilai lebih $384,000 keseluruhannya daripada hartawan hartanah, Encik Ong Beng Seng. 

Antara lain, dia didakwa menerima tiket pementasan, perlawanan bola sepak dan beberapa edisi Grand Prix Formula Satu (F1) Singapura.

Iswaran kini dibebaskan dengan ikat jamin $800,000 dan sidang praperbicaraannya dijadualkan pada 1 Mac ini.

Cik Indranee berkata, COI ditubuhkan untuk meneliti perkara termasuk kemalangan yang melibatkan kematian, kecederaan serius atau kerosakan harta benda yang serius dan insiden yang boleh membahayakan keselamatan awam, kesihatan awam atau pengurusan sesebuah kementerian.

COI yang dilaporkan sebelum ini telah menyiasat insiden seperti serangan siber SingHealth pada 2018 dan kematian askar kerahan, Koperal Kelas Pertama (CFC) (NS) Aloysius Pang, pada 2019.

Cik Indranee berkata: “Tujuan COI adalah untuk menyiasat sesuatu dengan tujuan untuk mengetahui bagaimana ia berlaku.

“Dalam kes ini, CPIB telah menyiasat perkara itu. Berdasarkan siasatan, Jabatan Peguam Negara berpandangan bahawa terdapat asas untuk pertuduhan jenayah dikenakan terhadap Encik Iswaran.

“Penentuan kesalahan jenayah adalah urusan mahkamah, yang kini sedang menangani kes itu.”

Dalam satu kenyataan pada 18 Januari, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata bahawa Iswaran telah meletak jawatan daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan akan meletakkan jawatan sebagai menteri pengangkutan dan Anggota Parlimen (AP) GRC West Coast.

Dalam kenyataannya kepada media pada 18 Januari, Iswaran mengaku tidak bersalah dan berkata akan memulangkan gaji bulanannya yang dikurangkan sebanyak $8,500 sebulan dan elaun AP yang diterimanya sejak permulaan siasatan pada Julai 2023.

Menjawab soalan daripada Encik Henry Kwek (Kebun Baru) mengenai kes itu, Cik Indranee sekali lagi menegaskan bahawa Iswaran tidak digantung sebagai AP dan elaunnya tidak digantung semasa dia dikenakan siasatan kerana berbuat demikian akan menjejaskan keputusan kesnya.

Cik Indranee menambah setiap orang yang didakwa melakukan apa-apa kesalahan, termasuk AP, harus diberikan proses yang sewajarnya.

“Inilah sebabnya dalam kebanyakan sistem parlimen, termasuk United Kingdom, anda akan melihat bahawa tidak ada amalan umum untuk menggantung ahli yang terhadapnya siasatan sedang dijalankan,” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >