Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

S’pura semak semula kontrak F1, audit lumba 2022 susulan dakwaan rasuah Iswaran

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura semak semula kontrak F1, audit lumba 2022 susulan dakwaan rasuah Iswaran

Feb 05, 2024 | 08:17 PM



Singapura akan menyemak syarat kontraknya dengan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Singapura dan menjalankan audit ke atas perlumbaan yang diadakan pada 2022.

Ini berikutan pertuduhan rasuah yang dikenakan terhadap mantan menteri pengangkutan, S Iswaran.

Dalam menjaga kepentingan Singapura, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) sedang menjalankan semakan terhadap syarat perjanjian antara Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dengan GP Singapura untuk menganjurkan perlumbaan malam F1 di sini, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Perhubungan Perdagangan, Cik Grace Fu, di Parlimen pada 5 Februari.

STB juga telah diminta menjalankan audit bagi perlumbaan F1 yang diadakan pada 2022, tambah Cik Fu ketika menjawab soalan beberapa anggota parlimen (AP) berkaitan perlumbaan F1 dan kelakuan agensi ekonomi dalam bekerjasama dengan entiti swasta.

Antara soalan yang dibangkitkan, Encik Edward Chia (GRC Holland-Bukit Timah) telah bertanya jika STB telah diarahkan supaya menjalankan penilaian penuh tentang hubungan antara Iswaran dan hartawan hartanah, Encik Ong Beng Seng, mengenai GP Singapura dan sama ada terdapat kemungkinan berlaku kesilapan dalam penelitian dan proses membuat laporan. 

Encik Gan Thiam Poh (GRC Ang Mo Kio) pula mengajukan soalan bagaimana Singapura menilai faedah kontrak F1.

Kontrak F1 pertama kali dicapai pada 2007 dan kemudian diperbaharui sebanyak tiga kali: pada 2012, 2017 dan 2022. Kontrak semasa berakhir pada 2028.

Cik Fu berkata MTI sebelum ini telah membuat kenyataan bahawa syarat semua perjanjian dipertimbangkan dengan teliti oleh pemerintah dan terdapat juga semakan perundingan bebas yang dilakukan.

Tiada yang mencadangkan pada ketika itu sama ada kontrak F1 mahupun kontrak lain distrukturkan untuk merugikan pemerintah.

“Sepertimana yang AP dapat fahami, memandangkan dakwaan rasuah, kami sedang mengkaji semula syarat perjanjian,” kata Cik Fu.


“Kami juga telah meminta STB menjalankan audit bagi perlumbaan terbaru, yang diadakan pada 2022, yang akaunnya (perlumbaan) sedia untuk diaudit.”


Encik Fu terlebih dahulu menyatakan bahawa kebanyakan soalan yang diaju mempunyai kaitan dengan perkara yang mungkin perlu ditangani semasa perbicaraan Iswaran.

“Adalah tidak wajar bagi kita membuat spekulasi atau prasangka terhadap keputusan prosiding. Saya akan menjawab setakat mana yang mungkin,” kata beliau. 


Iswaran didakwa pada Januari atas kesalahan rasuah dan kesalahan lain, sekitar enam bulan selepas penahanannya oleh Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB).

Iswaran dihadapkan 27 pertuduhan jenayah berkaitan urusannya antara 2015 dengan 2022 dengan Encik Ong.

Sebanyak 24 pertuduhan juga dikenakan terhadap Iswaran kerana didakwa menerima barangan berharga sebagai seorang penjawat awam, seperti tiket perlawanan bola sepak, muzikal dan perlumbaan F1. 

Dengan persiapan bagi perlumbaan F1 2024 di sini telah mula dijalankan, Cik Fu menegaskan bahawa Singapura kekal komited untuk menganjurkan GP Singapura.

“Sedang kami menyemak sebarang kontrak pemerintah untuk menjaga kepentingan Singapura, kami tetap komited kepada Grand Prix F1 Singapura,” katanya. “Persiapan untuk perlumbaan 2024 telah bermula.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >