Selepas hampir seminggu bercuti di Bali, Indonesia, pasangan Cik Athirah Rosli dan Encik Fadzly Yohannes, bersiap sedia pulang ke Singapura pada 18 Jun.

Namun, pada pagi hari yang sepatutnya mereka berangkat, mereka menerima pesanan teks daripada syarikat penerbangan Jetstar yang menyatakan penerbangan mereka telah dibatalkan.