Selepas tiga bulan ditutup, pasar dan pusat makanan Geylang Serai mula dikunjungi ramai pelanggan yang membeli keperluan dapur dan menikmati sajian di gerai yang dibuka semula pada 1 November.

Malah, lebih ramai pengunjung dijangka datang dalam beberapa hari akan datang, terutama pada hujung minggu, dengan banyak gerai dibuka.