Pasar Kurma Al Barakah Digital tawar kurma premium, peluang niaga
Pasar Kurma Al Barakah Digital tawar kurma premium, peluang niaga
Kedai maya jual pelbagai jenis kurma premium dari seluruh dunia, sedia penghantaran ke rumah
Nak beli kurma tanpa keluar rumah? Anda boleh lakukannya secara lebih mudah dan pantas melalui platform Pasar Kurma Al Barakah Digital. Platform ini menawarkan pelbagai jenis kurma premium dari seluruh dunia.
Daripada kedai dalam talian ini, anda boleh pilih produk kegemaran anda, semak maklumatnya serta ulasan pembeli lain, dan buat pesanan pada bila-bila masa.
Platform ini menawarkan pelbagai jenis kurma premium dari seluruh dunia. Perkhidmatan penghantaran ke rumah kedai maya ini menjanjikan proses membeli-belah lebih teratur dan mesra pengguna.
Anda tidak lagi perlu risaukan tentang kesesakan atau membuang masa di kedai fizikal, terutamanya dalam cuaca panas pada Ramadan.
Platform digital ini menawarkan kurma bermutu tinggi pada harga berpatutan, menjadikannya destinasi pilihan ramai untuk pengalaman membeli-belah terkini.
SET PALING POPULAR
Pada 2026, Dates of the World Platter kembali mencuri tumpuan, mengulangi kejayaannya sebagai produk terlaris di Pasar Kurma Al Barakah Digital.
Set kurma premium ini menghimpunkan pelbagai jenis kurma unggul, seperti ajwa, medjoul, mariami, deglet nour, dan lulu, yang diimport dari pelbagai negara terpilih.
Koleksi istimewa ini menawarkan pengalaman rasa yang pelbagai dalam satu hidangan, menjadikannya pilihan ideal sebagai hadiah atau santapan berbuka puasa.
PENCUCI MULUT PREMIUM
Selain itu, produk istimewa Ajwa Kunafa Pistachio diperkenalkan sebagai pilihan snek dan pencuci mulut premium, yang menarik ramai.
Produk ini bukan sahaja sesuai dinikmati sebagai kudapan santai selepas berbuka puasa, malah menjadi pilihan sempurna untuk musim perayaan, majlis istimewa, atau sebagai hadiah eksklusif kepada keluarga dan rakan.
Keistimewaan produk Ajwa Kunafa Pistachio terletak pada gabungan bahan premium kurma ajwa lembut, coklat bermutu, kunafa rangup dan pistachio.
Kombinasi ini menghasilkan keenakan yang tiada bandingan, menjadikannya pilihan istimewa buat penggemar pencuci mulut eksklusif.
NIKMATI DISKAUN BERGANDA
Khas pada Ramadan ini, Pasar Kurma Al Barakah Digital turut menawarkan diskaun hingga 20 peratus bagi pembelian dalam karton.
Inisiatif ini juga membuka peluang kepada individu yang ingin menjadi penjual semula produk.
“Sebagai pembekal kurma, kami bukan menekankan mutu produk sahaja, bahkan membuka peluang kepada sesiapa yang berminat menjadi penjual semula. Ini cara mudah untuk menambah pendapatan sambil belajar selok-belok berniaga,” ujar Pemilik yang juga Ketua Pengerusi Al Barakah, Encik A. Rahman Bahurudeen.
Beliau menambah bahawa kurma bukan sekadar makanan biasa; ia hidangan sunah yang penuh khasiat dan sumber tenaga semula jadi.
“Kurma baik untuk kesihatan tubuh, menyegarkan badan, dan memberi tenaga berpanjangan sepanjang hari.
“Rasai keistimewaan setiap biji kurma! Daripada yang lemak manis hingga ke yang rangup, setiap jenis kurma menawarkan pengalaman rasa berbeza. Ia sesuai dinikmati ketika minum petang, sajian iftar, atau sebagai kudapan untuk keluarga tersayang.
“Jangan lepaskan peluang! Lengkapkan meja Ramadan dan Hari Raya anda dengan pelbagai kurma pilihan. Stok terhad dan dapatkan sekarang sebelum kehabisan,” kata beliau lagi.
CARA DAPATKAN KURMA DARIPADA PASAR KURMA AL BARAKAH:
Sila layari https://shop.barakah.sg/ untuk mendapatkan pelbagai jenis kurma segar daripada Pasar Kurma Al Barakah.
Hubungi atau WhatsApp ke 9098-9977 bagi maklumat lanjut.
E-mel kepada orders@barakah.sg untuk sebarang tempahan.

