Suasana Ramadan semakin rancak dan meriah dengan kehadiran reruai Al Barakah di Wisma Geylang Serai (WGS). Firma tempatan ini menawarkan pelbagai pilihan kuih Raya klasik, biskut premium, serta minyak wangi Dubai eksklusif bagi melengkapkan persiapan Aidilfitri 2025 ini.
Antara tarikan utama di bazar Al Barakah ini ialah jualan kuih tart nanas tradisional, sejenis kuih klasik yang terkenal dengan gabungan pastri gebu dan inti jem nanas segar dan enak, buatan sendiri.
Selain itu, pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai pilihan kuih dan biskut Raya moden seperti almond London, semperit dahlia, makmur, dan bangkit santan, semuanya dihasilkan menggunakan bahan bermutu tinggi bagi mengekalkan rasa asli yang digemari ramai.
Bukan sahaja menyediakan aneka juadah tradisional, bazar ini turut menarik perhatian pencinta wangian dengan koleksi minyak wangi Dubai yang eksklusif. Daripada aroma eksotik Timur Tengah hingga wangian moden yang segar, minyak wangi ini sesuai untuk lelaki dan wanita yang mahukan bau yang mengharum, mesra wuduk serta tahan lama sepanjang hari.
Menurut Pengarah Pemasaran di Al Barakah, Encik Nasruddin Abdul Rahman, untuk menambah kemeriahan orang ramai, bazar Al Barakah juga turut menawarkan promosi eksklusif, termasuk potongan harga istimewa serta sampul duit Raya percuma dengan pembelian tertentu.
“Reruai kami, Al Barakah di WGS, ini pastinya memberikan pengalaman membeli-belah yang selesa dengan pelbagai produk halal bermutu tinggi di bawah satu bumbung. Terletak di kedudukan strategik dan mudah dikunjungi, ia menjadi destinasi ideal untuk mendapatkan keperluan Aidilfitri anda, sambil menikmati suasana Ramadan yang penuh meriah,” jelas Encik Nasruddin.
Kunjungi reruai Al Barakah di WGS, bermula 12 tengah hari hingga 11 malam.
Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini, ikuti media sosial Al Barakah atau layari laman shop.barakah.sg.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg