Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bazar Al Barakah buat tawaran hebat lebih meriahkan Raya

Mar 21, 2025 | 5:30 AM
Bagi kaum Adam, pakaian segak bersama songkok dan kain samping disediakan di bazar Al Barakah.
Bagi kaum Adam, pakaian segak bersama songkok dan kain samping disediakan di bazar Al Barakah. - Foto AL BARAKAH

Buat persiapan Lebaran anda dengan lebih meriah dengan bazar Al Barakah di Wisma Geylang Serai (WGS).

Bazar ini menawarkan pelbagai pilihan pakaian Raya lelaki pada harga dimampui, serta sajian enak seperti kek lapis dan kek tapak kuda yang pastinya diminati ramai dan memikat selera.

Menurut Pengarah Pemasaran di Al Barakah, Encik Nasruddin Abdul Rahman, bazar Al Barakah di WGS ini menyediakan pilihan yang rencam, busana tradisional bermutu tinggi dengan harga berpatutan untuk pelanggan setempat.

“Bagi mereka yang masih mencari kelengkapan Aidilfitri, bazar di Al Barakah, yang terletak di nombor 157 hingga 161 di WGS ini, menawarkan pelbagai pilihan menarik untuk meraikan Syawal anda dengan penuh kemeriahan. 

“Daripada busana lelaki yang eksklusif hingga aneka kuih-muih tradisional, setiap produk yang ditawarkan di bazar ini dijamin memenuhi citarasa pelanggan, dan memastikan anda tampil segak dan menikmati juadah enak sepanjang Lebaran.

Tidak lengkap sambutan Raya anda tanpa baju Melayu dengan corak moden, songkok klasik, dan kain samping premium untuk penampilan yang segak lagi bergaya,”  jelas Encik Nasruddin.

Promosi istimewa

1. Kurta lelaki – Harga dari $15 sahaja! (Saiz terhad; dapatkan segera sebelum bekalan habis!)

2. Songkok Raya – Harga dari $10 sahaja!

3. Kain samping eksklusif – Harga dari $25, pelengkap lelaki bergaya pada pagi Raya.

4. Kek – Tidak sah Raya tanpa kek tradisional yang enak! Bazar Al Barakah menawarkan kek tapak kuda viral dan kek lapis premium yang menjadi pilihan ramai.

– Kek Tapak Kuda: Harga dari $15. Dengan empat perisa yang diminati ramai: Nutella, Nutella Crunchy, KitKat dan Kinder Bueno.

– Kek edisi khas: Tapak Kuda Kunafa Pistachio! Gabungan unik kunafa rangup dengan pistachio premium, memberi rasa lembut, manis, dan disukai ramai.

– Al Barakah menyediakan kek lapis sehingga 10 jenis pilihan dan perisa hebat! Kek kesukaan ramai seperti Kek Lapis Prune & Original dengan tekstur lembut dan berempah, pastinya disukai kanak-kanak sehingga orang dewasa.

Encik Nasruddin berkata semua kek yang ditawarkan menggunakan resepi asli, bahan bermutu tinggi untuk rasa yang premium. Setiap lapisan disediakan dengan begitu teliti, demi menghasilkan kek yang lembut, beraroma dan indah dipandang mata. 

Kunjungi reruai Al Barakah di WGS, bermula dari 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.

Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini, ikuti media sosial Al Barakah atau layari laman shop.barakah.sg.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg