Pasir Ris-Changi lancar bazar Ramadan skala besar pertama

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pasir Ris-Changi lancar bazar Ramadan skala besar pertama

Terletak di padang terbuka berhadapan Blok 414 Pasir Ris Drive 6 akan berlangsung hingga 19 Mac
Feb 20, 2026 | 7:55 PM

Pasir Ris-Changi lancar bazar Ramadan skala besar pertama

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
bazar, ramadan Bazar Ramadan Pasir Ris 2026, Pasir Ris-Changi GRC, Indranee Rajah Pasir Ris, Sharael Taha, Gerai makanan Ramadan Singapura, Aktiviti Ramadan Pasir Ris, Wear Share & Care Pasir Ris.
(Dari kanan) Menteri Negara Kanan di Pejabat Perdana Menteri, Encik Desmond Tan; Penasihat Pertubuhan Akar Umbi (GRO) GRC Pasir Ris-Changi, termasuk Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Timbalan Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri Pembangunan Negara, Cik Indranee Rajah; serta Aggota Parlimen (AP) Encik Sharael Taha, sempat berinteraksi dengan orang ramai ketika lawatan mereka di bazar berskala besar pertama anjuran GRC Pasir Ris-Changi. - Foto BH oleh KHALID BABA

Penduduk Pasir Ris-Changi GRC kini boleh mengunjungi bazar Ramadan pertama berskala besar di kawasan itu, yang menampilkan sekitar 50 gerai makanan dan minuman.

Pada hari pelancarannya, Penasihat Pertubuhan Akar Umbi (GRO) GRC Pasir Ris-Changi, termasuk Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Timbalan Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri Pembangunan Negara, Cik Indranee Rajah; Menteri Negara Kanan di Pejabat Perdana Menteri, Encik Desmond Tan; serta Anggota Perlimen (AP) Cik Valerie Lee dan Encik Sharael Taha, menyertai sekitar 50 wakil daripada pelbagai pertubuhan agama dan Melayu/Islam dalam majlis berbuka puasa.

Dianjurkan oleh Persatuan Rakyat (PA) dengan kerjasama pertubuhan akar umbi GRC Pasir Ris-Changi, bazar ini menempatkan 50 gerai, dengan dua daripadanya diusahakan oleh penduduk setempat, satu daripadanya merupakan gerai kuih-muih dan sebuah gerai minuman.

Semasa ditemui Berita Harian (BH), Encik Sharael berkata bahawa bazar tersebut bukan sekadar ruang jual beli.

“Bazar Ramadan ini melangkaui runcit dan makanan; ia adalah ruang untuk mengeratkan hubungan masyarakat dan menghargai budaya bersama.

“Melalui persembahan budaya yang diadakan selepas solat serta gerai masyarakat khas, termasuk pengagihan bubur, baju kurung dan sokongan kepada perniagaan dari rumah bagi keluarga berpendapatan rendah, bazar ini memupuk sifat prihatin, perpaduan dan semangat masyarakat yang kukuh,” katanya.

Sebelum pandemik Covid-19, hanya sebuah bazar kecil dengan sekitar enam gerai pernah dianjurkan.

Dalam satu kenyataan oleh Pejabat GRC Pasir Ris-Changi pada 13 Februari, Cik Indranee berkata:

“Bazar ini diadakan semula berdasarkan maklum balas penduduk. Walaupun Ramadan disambut oleh umat Islam, ia juga masa untuk bermuhasabah, berbelas ihsan dan memberi, yang merupakan nilai sejagat.

“Kami berharap bazar ini dapat dinikmati oleh penduduk Muslim dan bukan Muslim serta menjadi wadah mengukuhkan semangat kemasyarakatan serta penghargaan terhadap identiti berbilang budaya dan agama,” ujarnya.

Selain menikmati juadah Ramadan, pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan seni hujung minggu.

Pasir Ris Mall akan menaja satu acara berbuka puasa pada 3 Mac sebagai tanda kerjasama erat antara masyarakat dengan perniagaan tempatan dalam menyokong keluarga berpendapatan rendah.

Sambutan ini turut merangkumi inisiatif pengagihan baju kurung terpakai “Wear, Share & Care” pada 28 Februari, beberapa sesi pengagihan bubur, acara berbasikal masyarakat Ramadan Ride pada 6 Mac, demonstrasi masakan oleh Chef Bob pada 14 Mac, sesi fotografi Potret Raya dan sambutan Hari Raya peringkat GRC pada 4 April.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg