Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pasport paling berkuasa di dunia: 5 negara setaraf S’pura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasport paling berkuasa di dunia: 5 negara setaraf S’pura

Jan 11, 2024 | 04:56 PM



Pasport Singapura bukan lagi satu-satunya yang paling berkuasa di dunia. Ia berkongsi kedudukan itu pada 2024 dengan lima negara lain, menurut senarai terkini Indeks Pasport Henley pada 10 Januari.

Pasport Singapura, Perancis, Jerman, Italy, Jepun dan Sepanyol kini boleh digunakan untuk ke 194 daripada 227 destinasi pelancongan tanpa visa.

Pada 2023, pasport Singapura menduduki tempat pertama apabila ia dibenarkan memasuki 192 destinasi tanpa visa. Jerman, Italy dan Sepanyol di tangga kedua, dengan 190 destinasi.

Perancis dan Jepun pula berada di tangga ketiga dengan 189 destinasi. Mereka berkongsi kedudukan itu bersama Austria, Finland, Luxembourg, Korea Selatan dan Sweden.

Negara jiran serantau, Malaysia dan Indonesia, menyaksikan peningkatan dalam bilangan destinasi yang boleh dilawati warganya tanpa visa, berbanding 2023.

Malaysia menambah satu lagi destinasi kepada jumlah keseluruhannya, kini sebanyak 182. Namun, ia kekal di kedudukan ke-12, bersama Cyprus dan Liechtenstein.

Rakyat Indonesia pula kini boleh melawat 78 destinasi tanpa visa terlebih dahulu, meningkat daripada 76 pada 2023.

Afghanistan kekal berada di tempat terbawah indeks itu, sejak 2019, dengan hanya diberikan akses ke 28 destinasi. Syria, Iraq, Pakistan dan Yaman berada di kedudukan lima terbawah.

Indeks Pasport Henley disenaraikan berdasarkan data eksklusif daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Ia menyenaraikan sebanyak 199 pasport dunia dan dianggap sebagai rujukan standard dalam menilai kedudukan pasport dari segi mobiliti global.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >