Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pasport S’pura kekal paling berkuasa di dunia

Jan 13, 2026 | 5:32 PM
pasport singapura, paling berkuasa di dunia, Henley, 2026
Pasport Singapura membenarkan pemegangnya mendapat akses tanpa visa ke 192 destinasi. - Foto ST

Rakyat Singapura terus memegang tampuk pasport paling berkuasa di dunia.

Kemampuan untuk menjelajah ke lebih 190 destinasi tanpa visa adalah buktinya.

Ini melonjakkan Singapura ke tempat teratas dalam Indeks Pasport Henley 2026, membolehkan rakyatnya masuk tanpa visa atau visa semasa ketibaan ke 192 dari 227 destinasi sejagat.

Di rantau ini, pasport Malaysia turut menyerlah. Ia menyertai senarai 10 tangga teratas indeks yang diterbitkan pada 13 Januari itu.

Pasport Malaysia membuka pintu ke 180 destinasi.

Jepun dan Korea Selatan berkongsi tangga kedua, menawarkan akses bebas visa ke 188 destinasi.

Sekumpulan negara Eropah – Denmark, Luxembourg, Sepanyol, Sweden dan Switzerland – berada di tempat ketiga, masing-masing dengan 186 destinasi.

Ia diikuti pula oleh 10 negara Eropah yang berkongsi di tempat keempat.

Amiriah Arab Bersatu (UAE) berkongsi tempat kelima dengan empat negara Eropah, termasuk Portugal.

New Zealand berada di tempat keenam bersama lima negara Eropah lain, termasuk Poland, manakala Australia berada di tempat ketujuh bersama tiga negara Eropah, termasuk Britain.

Canada menduduki tempat kelapan bersama dua negara Eropah, termasuk Iceland. Malaysia di tempat kesembilan, dan Amerika Syarikat di tempat ke-10.

Afghanistan pula kekal di tangga tercorot, dengan pasportnya hanya membenarkan akses tanpa visa atau visa semasa ketibaan ke 24 destinasi.

Kedudukan itu konsisten dalam kedua-dua versi indeks Januari dan Julai 2025.

Pasport Singapura turut mendominasi kedudukan Januari dan Julai 2025 oleh Henley & Partners, firma yang aktif dalam perancangan kediaman dan kewarganegaraan.

Menurut laporan Julai 2025 itu, rakyat Singapura mempunyai akses ke 193 destinasi, dan edisi Januari 2025 pula merekodkan 195 destinasi.

Sepanjang 2025, Singapura kehilangan akses ke Pakistan, Mauritania, Somalia, dan Bolivia, namun memperoleh akses bebas visa ke Papua New Guinea.

Senarai terkini menandakan kembalinya Amerika ke kelompok 10 teratas setelah terkeluar seketika pada akhir 2025.

“Namun, pemulihan ini menyembunyikan kemerosotan jangka panjang bagi Amerika dan Britain, yang pernah berkongsi tempat pertama pada 2014,” kata Henley & Partners.

“Tahun lalu (2025) menyaksikan kedua-dua negara mencatat penurunan paling ketara dalam akses bebas visa,” ujar firma perundingan sejagat itu, sambil menambah bahawa Amerika telah kehilangan tujuh destinasi dan Britain, lapan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg