Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Pastikan kepelbagaian tidak akibatkan polarisasi: Janil

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pastikan kepelbagaian tidak akibatkan polarisasi: Janil

Apa pun cara tangani kepelbagaian, ia harus bertujuan pertingkat keamanan, perpaduan dan kurangi polarisasi ideologi
Jan 29, 2024 | 07:28 PM



Dalam mengemudi kepelbagaian dalam masyarakat, adalah penting kepelbagaian itu ditangani dengan cara yang mengurangkan polarisasi, kata Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary.

Beliau berkata sejak sekian lama kepelbagaian di Singapura ditangani dengan cara berbeza, namun apa yang tidak berubah ialah apa pun proses atau pendekatan yang diambil, ia adalah untuk meningkatkan keamanan, perpaduan serta mengurangkan polarisasi ideologi.

“Apa pun takrifan kepelbagaian, baik tentang keluarga, jantina, pluralisme, politik – tanganinya dengan cara yang mengurangkan polarisasi dan perpecahan,” ujar beliau.

Memberi contoh, isu bangsa, bahasa dan agama – semuanya isu yang boleh menyebabkan perpecahan masyarakat – telah ditangani dengan cara berbeza di Singapura

“Namun, apa yang sama merentasi kesemuanya, baik dari segi pendekatan dasar mahupun pelibatan masyarakat... ialah apa sahaja yang telah kita lakukan, kita telah cuba meningkatkan keamanan.

“Kita cuba memastikan bahawa apa jua proses, ia menghasilkan rasa perpaduan yang lebih, rasa polarisasi ideologi yang berkurangan dan rasa bahawa kita perlu menangani perkara ini bersama-sama,” ujarnya.

Begitu juga dalam menangani kepelbagaian baru yang timbul, masyarakat mesti mendekatinya dengan cara yang meningkatkan rasa perpaduan.

“Ini tidak semestinya kita semua mesti setuju (pada sesuatu perkara), tetapi kita semua mesti setuju untuk mengekalkan keamanan dan mencari jalan ke hadapan bersama,” tambahnya.

Dr Janil berkata demikian dalam dialog penutup persidangan Singapore Perspectives 2024 anjuran Institut Pengajian Dasar (IPS) pada 29 Januari di Pusat Ekspo dan Konvensyen Sands.


Dalam dialog sekitar sejam itu, beliau menjawab soalan berkaitan topik yang termasuk polarisasi, suara belia, meritokrasi dan integrasi orang kurang upaya ke dalam masyarakat.

Dr Janil berkata isu polarisasi antara perkara yang merisaukannya. Namun, beliau menambah bahawa mujur Singapura, tidak seperti beberapa negara lain, berjaya memastikan sokongan terhadap mana-mana parti politik tidak menyebabkan polarisasi ideologi.

“Kita masih merupakan masyarakat di mana tidak kira parti apa yang kita pilih, kita masih dapat mencapai kata sepakat. Kita boleh melihat diri kita sebagai satu masyarakat.

“Sebaliknya, ada masyarakat di dunia di mana... sokongan terhadap satu parti datang bersama polarisasi ideologi sehingga tahap mereka sama sekali tidak dapat bersatu pada peringkat sosial,” kata Dr Janil.

Menyentuh isu suara belia, beliau berkata anak muda di Singapura mempunyai pelbagai platform untuk menyuarakan pendapat mereka dan menanyakan soalan.

Bahkan, pemimpin akademik, politik mahupun perkhidmatan awam telah dan mahu mendengar suara belia.

“Kami mendengar anda (belia) kerana kami perlu memahami apakah isu yang menjadi kerisauan anak muda... apa yang akan mereka lakukan untuk melibatkan diri dalam membangunkan Singapura.

“(Anak muda) mempunyai kuasa lumayan, orang datang untuk mendengar suara anda.

“Apa yang mahu saya katakan ialah sila manfaatkan pelbagai platform sedemikian di luar sana,” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >