Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PDPC: Garis panduan NRIC perlu kemaskini

PDPC turut tekankan bahawa NRIC tidak harus digunakan sebagai kata laluan
Dec 15, 2024 | 4:41 PM
Dalam garis panduan 2018, PDPC menasihatkan orang ramai supaya tidak memberikan nombor NRIC penuh mereka kepada syarikat, melainkan ia diperlukan secara sah atau diperlukan untuk membuktikan identiti seseorang.
Dalam garis panduan 2018, PDPC menasihatkan orang ramai supaya tidak memberikan nombor NRIC penuh mereka kepada syarikat, melainkan ia diperlukan secara sah atau diperlukan untuk membuktikan identiti seseorang. - Foto fail ST

Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPC) mengakui bahawa garis panduan bagi nombor kad pengenalan (NRIC) dan nombor pengenalan kebangsaan perlu dikemaskini.

Sebagai respons kepada pertanyaan media mengenai penggunaan NRIC pada 14 Disember, PDPC berkata bahawa tiada perubahan lanjut akan dibuat sehingga perundingan dengan pihak industri dan orang ramai sudah selesai.

Garis panduan kemudian akan dikemas kini yang selaras dengan matlamat dasar baru.

Dalam responnya itu, PDPC turut menekankan bahawa nombor kad pengenalan tidak harus digunakan sebagai kata laluan, dan menasihatkan sesiapa yang telah berbuat demikian agar menukar kata laluan mereka dengan segera.

“Kebanyakan perkhidmatan yang memerlukan akses kata laluan seharusnya membolehkan pengguna untuk mengubahnya.

“Ini biasanya boleh didapati di portal perkhidmatan itu sendiri,” kata PDPC.

Sekiranya fungsi pertukaran tidak dapat ditemui, pengguna dinasihatkan hubungi penyedia perkhidmatan dengan segera untuk dapatkan nasihat bagi menukar kata laluan.

Respon PDPC itu sebagai susulan kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI) pada awal 13 Disember bahawa pemerintah berhasrat berhentikan amalan sembunyikan nombor NRIC.

“Kami telah menerima soalan dan maklum balas daripada orang ramai berikutan kenyataan MDDI pada 13 Disember mengenai penggunaan yang sesuai dan salah guna nombor NRIC.

“Kami memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku kepada orang ramai dan akan menangani sepenuhnya kebimbangan serta soalan orang ramai secepat mungkin,” kata PDPC.

Dalam garis panduan 2018, PDPC menasihatkan orang ramai supaya tidak memberi nombor NRIC penuh mereka kepada syarikat, melainkan ia diperlukan secara sah atau diperlukan untuk membuktikan identiti seseorang.

Kata PDPC, nombor NRIC “berpotensi boleh digunakan untuk mendedahkan banyak maklumat berkaitan dengan individu berkenaan”.

PDPC juga menasihatkan orang ramai untuk memberi data peribadi lain, seperti nombor telefon bimbit atau nombor NRIC separa bagi pengesahan.

Pada 9 Disember, Penguasa Pengawalan Korporat dan Perakaunan (Acra) melancarkan portal barunya, Bizfile, yang membolehkan orang ramai melihat nombor NRIC penuh orang lain menggunakan fungsi carian secara percuma, tanpa perlu melanggan masuk portal itu.

Fungsi tersebut diberhentikan buat sementara waktu pada 13 Disember selepas maklum balas orang ramai.

Namun, dalam kenyataan pada 14 Disember, MDDI berkata orang ramai boleh meneka dengan baik nombor NRIC penuh seseorang daripada nombor yang disembunyikan menggunakan algoritma asas, “terutama jika tahun kelahiran orang itu diketahui.”

Justeru, MDDI berkata “tidak perlu sembunyikan nombor NRIC, dan tidak ada banyak nilai untuk berbuat demikian”.

Ia menambah bahawa pemerintah berhasrat mengubah amalan tersedia yang melibatkan langkah menyembunyikan nombor NRIC “hanya selepas menjelaskan isu itu”.

Menurut MDDI lagi, tindakan Acra terhadap portal Bizfile “mendahului hasrat pemerintah”.

Ia memohon maaf kerana tidak menyelaras dengan lebih baik antara agensi, dan menyebabkan keprihatinan orang ramai.

Sebagai sebuah agensi awam, Acra dikecualikan daripada peruntukan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) – set undang-undang yang mengawal pengumpulan, penggunaan dan pendedahan data peribadi oleh pertubuhan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg