Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pegawai Aetos didakwa acu pistol ke arah rakan sekerja

Oct 3, 2024 | 4:10 PM
Dua pegawai Aetos menghadapi pertuduhan di bawah Akta Perlindungan Infrastruktur.
Dua pegawai Aetos menghadapi pertuduhan di bawah Akta Perlindungan Infrastruktur. - Foto ZAOBAO

Dua pegawai firma keselamatan Aetos sedang bertugas di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 28 September apabila salah seorang daripada mereka didakwa mengacukan pistol yang diisi peluru ke arah rakan sekerjanya.

Dokumen mahkamah tidak mendedahkan sebab di sebalik dakwaan ke atas pegawai tersebut, Muhammad Noorarman Shah Anwar.

Pada 2 Oktober, dia didakwa membahayakan keselamatan Muhammad Amali Abdul Halim.

Kededua warga Singapura yang berusia 23 tahun itu juga didakwa menggunakan telefon bimbit untuk mengambil gambar di pusat pemeriksaan, iaitu kawasan dikawal, pada 28 September. Perbuatan itu menyalahi undang-undang.

Setiap daripada mereka kini menghadapi pertuduhan di bawah Akta Perlindungan Infrastruktur.

Menjawab pertanyaan The Straits Times (ST), Aetos berkata khidmat kedua-dua pegawai itu telah ditamatkan.

Jurucakapnya berkata: “Aetos mempunyai sifar toleransi terhadap sebarang pelanggaran protokol ketat kami mengenai senjata api dan peralatan terkawal.”

Aetos berkata ia akan bekerjasama sepenuhnya untuk siasatan.

Kes kedua-dua lelaki itu ditangguhkan ke 15 Oktober.

Pesalah yang melakukan perbuatan membahayakan keselamatan orang lain boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga enam bulan dan denda sehingga $2,500.

Mereka yang disabitkan kesalahan di bawah Akta Perlindungan Infrastruktur boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda sehingga $20,000.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg