Para pegawai dari Singapura dan Malaysia bertemu di Johor bagi perbincangan mengenai isu-isu seperti menambah baik aliran rentas sempadan barangan dan orang ramai antara Singapura dengan Johor, serta kemudahan menjalankan perniagaan antara kedua-dua negara.
Rundingan tersebut, yang diadakan selama tiga hari dari 28 hingga 30 Ogos, merupakan sebahagian daripada perbincangan lanjutan mengenai Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dalam satu kenyataan pada 30 Ogos.
Isu lain yang dikemukakan semasa mesyuarat itu melibatkan sektor ekonomi dan pembangunan bakat, dengan tujuan memperkukuh ekosistem perniagaan di rantau ini.
“Kedua-dua Singapura dan Malaysia melihat JS-SEZ sebagai inisiatif saling menguntungkan yang memberi manfaat kepada perniagaan dan masyarakat dari kedua-dua negara,” kata kenyataan itu.
Ia menambah bahawa Singapura akan terus bekerjasama rapat dengan Malaysia untuk membawa manfaat bersama kepada kededua negara dan rakyat melalui perjanjian penuh mengenai JS-SEZ.
Kededua pihak juga akan kekal berusaha hingga ke Rahat Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11, yang akan diadakan lewat 2024.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg