Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pegawai polis didakwa salah guna 4 kenderaan polis 14 kali, ambil lebih $985

Sep 10, 2025 | 6:42 PM
pegawai polis, jenayah, Aris Rizki Nasmi
Aris Rizki Nasmi, 42 tahun, didakwa atas lapan pertuduhan termasuk kecurian dan pecah amanah jenayah. - Foto ZAOBAO

Seorang pegawai polis didakwa melakukan pelbagai kesalahan, termasuk menyalahgunakan empat kenderaan polis sebanyak 14 kali serta mengambil wang yang diamanahkan kepadanya.

Aris Rizki Nasmi, 42 tahun, didakwa melakukan sebilangan besar kesalahan tersebut di Kompleks Polis Cantonment.

Pada 10 September, dia didakwa atas lapan pertuduhan termasuk kecurian dan pecah amanah jenayah.

The Straits Times (ST) telah menghubungi Pasukan Polis Singapura (SPF) bagi mendapatkan maklumat mengenai status pekerjaan semasa Aris dengan agensi penguatkuasaan itu.

Menurut dokumen mahkamah, Aris berada di Kompleks Polis Cantonment antara 21 November 2023 dengan 8 Julai 2024, ketika dia didakwa melakukan penyalahgunaan wang lebih $985.

Antara 9 dengan 13 Mei 2024, dia juga didakwa menyalahgunakan dua kad tunai milik SPF, dengan jumlah keseluruhan sekitar $4.

Selain itu, Aris didakwa menyalahgunakan empat kenderaan polis dalam 14 kejadian di kompleks tersebut antara 16 Februari dengan 14 Mei 2024. 

Dalam tempoh tersebut, dia didakwa mencuri dua kenderaan itu.

Dokumen mahkamah tidak mendedahkan jenis kenderaan yang terlibat dalam pertuduhan itu.

Aris juga didakwa mencuri buku log kenderaan polis di Kompleks Polis Cantonment pada 14 Mei 2024.

Kesnya akan disebut semula di mahkamah pada 8 Oktober.

Pesalah yang disabitkan kesalahan pecah amanah jenayah boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 20 tahun dan didenda.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg