Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pegawai polis digegas ke hospital selepas kemalangan motosikal di PIE

Jul 9, 2025 | 3:18 PM
Gambar-gambar selepas kemalangan menunjukkan sekurang-kurangnya satu kereta polis, satu ambulans dan satu lagi kenderaan kecemasan di tempat kejadian.
Gambar-gambar selepas kemalangan menunjukkan sekurang-kurangnya satu kereta polis, satu ambulans dan satu lagi kenderaan kecemasan di tempat kejadian. - Foto PEMBACA ST

Seorang pegawai polis telah dibawa ke hospital pada 8 Julai setelah motosikal polis yang ditunggangnya tergelincir di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE).

Polis berkata mereka dimaklumkan mengenai kemalangan itu, yang berlaku di lebuh raya menghala ke Changi, sekitar 7.50 malam, lapor The Straits Times (ST).

Pegawai yang cedera, berumur 25 tahun, dilaporkan sedar dan telah dibawa ke Hospital Tan Tock Seng, menurut pihak polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Siasatan polis masih dijalankan.

Gambar-gambar selepas kejadian menunjukkan sekurang-kurangnya satu kereta polis, satu ambulans dan satu lagi kenderaan kecemasan berada di tempat kejadian.

Sekumpulan paramedik dilihat sedang memberi bantuan kepada mangsa kemalangan itu.

Sekitar 8.35 malam pada hari yang sama, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) memaklumkan dalam satu hantaran di X bahawa kesesakan lalu lintas berlaku dari Kim Keat Link ke Lorong 1 Toa Payoh disebabkan kemalangan itu.

LTA menasihatkan para pemandu supaya mengelakkan lorong satu, dua dan tiga.

Kesesakan tersebut berlarutan sekurang-kurangnya sehingga 11 malam, menurut hantaran LTA itu lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg