Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pegawai SCDF didakwa intai wanita sama lima kali

Apr 10, 2025 | 5:21 PM
Seorang pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) didakwa mensasarkan wanita yang sama untuk diintai sebanyak lima kali, dari 26 Mac 2024 hingga 7 April 2025.
Seorang pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) didakwa mensasarkan wanita yang sama untuk diintai sebanyak lima kali, dari 26 Mac 2024 hingga 7 April 2025. - Foto PIXABAY

Seorang pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) didakwa selepas dia merakam seorang wanita tanpa kebenaran ketika wanita itu sedang menukar pakaian pada 26 Mac 2024. 

Lelaki tersebut didakwa telah mensasarkan wanita yang sama empat kali lagi di unit yang sama sehingga 7 April 2025.

Lelaki berusia 44 tahun ini, yang tidak boleh dinamakan kerana perintah sekatan untuk melindungi identiti mangsa, didakwa atas lima tuduhan mengintai atau voyeurisme pada 8 April.

SCDF memberitahu The Straits Times (ST) pada 10 April lelaki itu tidak bertugas di barisan hadapan dan dia telah digantung dengan gajinya dipotong separuh.

Jurucakap SCDF berkata: “Kami memandang serius perkara ini. Kami mengharapkan semua pegawai kami untuk mengekalkan profesionalisme, tingkah laku dan disiplin yang cemerlang pada setiap masa. 

“Pegawai yang didapati bersalah oleh mahkamah atas kesalahan jenayah akan menghadapi tindakan disiplin perkhidmatan awam, yang mungkin termasuk pemecatan dari perkhidmatan.”

Bagi setiap tuduhan mengintai, pesalah boleh dihukum penjara hingga dua tahun, denda atau disebat, atau kedua-duanya sekali.

Kes lelaki itu akan disebut semula di mahkamah pada 6 Mei.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg