Topic followed successfully
Go to BHkuPekerja binaan maut dihempap kepingan konkrit di tapak projek Laluan Rentas Pulau
Pekerja binaan maut dihempap kepingan konkrit di tapak projek Laluan Rentas Pulau
Pekerja binaan maut dihempap kepingan konkrit di tapak projek Laluan Rentas Pulau
Seorang pekerja binaan maut pada 14 Mei lalu selepas dihempap papak atau kepingan konkrit di tapak projek stesen MRT Laluan Rentas Pulau (CRL).
Kejadian itu berlaku di 250A Turf Club Road, lokasi Stesen MRT Turf City baharu di Bukit Timah, pada sekitar 1.30 tengah hari.
Demikian menurut kenyataan pihak berkuasa pada 17 Mei sebagai menjawab pertanyaan media.
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata kejadian itu berlaku ketika sebuah mesin pengorek sedang giat mengalihkan bongkah konkrit di bawah struktur dek utama.
Mangsa ditugaskan memandu arah pengendali jentera serta memastikan zon kerja selamat daripada pencerobohan luar demi menjaga keselamatan semua pihak.
Kementerian Tenaga Manusia (MOM) mendedahkan pemuda berusia 23 tahun itu dihempap kepingan konkrit sementara sewaktu kerja perombakan dijalankan.
Mangsa ditemui tidak bergerak apabila polis tiba dan paramedik Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) kemudian mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Siasatan awal pihak polis mendapati kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang unsur khianat.
Pekerja merupakan pekerja Koh Kock Leong Construction, subkontraktor kepada kontraktor utama, Shanghai Tunnel Engineering Co (Singapore) – Obayashi Corporation Joint Venture, jelas LTA.
Pihak LTA merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan berkata mereka sedang menyelaras bantuan untuk keluarga mangsa.
“Kami amat sedih dengan kejadian ini dan mengucapkan takziah kepada keluarga pekerja yang telah meninggal dunia tersebut.
“Kami sedang bekerjasama dengan pihak kontraktor untuk menyediakan sokongan dan bantuan kepada keluarga mangsa,” kata LTA.
Seorang jurucakap MOM berkata, atas faktor keselamatan, kerja pemecahan dan pengalihan sebarang struktur konkrit sementara mesti dijalankan secara terkawal, selain kawasan larangan perlu dikuatkuasakan dengan ketat.
Jurucakap itu menambah, mereka yang menjalankan tugas seperti mangsa, iaitu sebagai pengawas jentera, atau banksman, juga perlu sentiasa berwaspada.
Seorang pengawas jentera bertanggungjawab untuk memandu pergerakan kenderaan besar atau jentera berat di tapak binaan.
MOM mengingatkan walaupun tugas mereka adalah melindungi orang lain, mereka juga perlu memastikan diri mereka tidak berada dalam zon yang mempunyai risiko bahaya.
Dalam pada itu, pihak LTA mengesahkan mereka sedang memberikan kerjasama penuh kepada MOM dan polis dalam melengkapkan siasatan insiden ini.
Kontraktor utama, STECS-Obayashi CR203 Joint Venture, telah diarah menghentikan semua kerja penggalian di lokasi tersebut.
“
“Kami amat sedih dengan kejadian ini dan mengucapkan takziah kepada keluarga pekerja yang telah meninggal dunia tersebut. Kami sedang bekerjasama dengan pihak kontraktor untuk menyediakan sokongan dan bantuan kepada keluarga mangsa.”