Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pekerja hilang kerja boleh dapat bantuan hingga $6,000 di bawah skim SkillsFuture baru

Aug 18, 2024 | 8:29 PM
cc9ab63d-4224-4c52-bda9-3e3376d0a800
-

Mereka yang diberhentikan kerja atau kehilangan pekerjaan kerana syarikat gulung tikar tidak lama lagi boleh mendapatkan sokongan kewangan sementara sedang mereka mencari pekerjaan di bawah satu skim SkillsFuture baru, umum Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, di Rapat Hari Kebangsaan pada 18 Ogos.

Bagaimanapun, Encik Wong yang berucap di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central, berkata mereka perlu menjalani latihan, menyertai sesi bimbingan kerjaya dan khidmat pemadanan kerja demi memastikan mereka dapat mencari peluang pekerjaan lebih baik.

Di bawah skim baru yang dikenali sebagai Skim Bantuan Pencari Kerja SkillsFuture, pekerja yang menganggur tanpa pilihan disebabkan diberhentikan kerja atau hilang pekerjaan kerana syarikat gulung tikar boleh mendapat sokongan sehingga $6,000 secara keseluruhan selama tempoh sehingga enam bulan.

Sementara itu, elaun latihan yang diberi kepada pekerja yang mengambil kursus sepenuh masa di bawah Program Peningkatan SkillsFuture akan dilanjutkan kepada mereka yang mengikuti kursus sambilan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg