Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pekerja migran sambut Deepavali walau berjauhan

Nov 1, 2024 | 5:50 PM
Pekerja migran menyertai perayaan Deepavali di Tuas South RC yang dianjurkan oleh pekerja migran pusat riadah (MWRC) pada 31 Oktober.
Pekerja migran menyertai perayaan Deepavali di Tuas South RC yang dianjurkan oleh pekerja migran pusat riadah (MWRC) pada 31 Oktober. - Foto CLUB NTUC

Sempena Deepavali, pekerja migran di empat pusat riadah (MWRC) –Tuas South RC, Terusan RC, Penjuru RC dan pusat pekerja migran RC di Soon Lee Road – menikmati konsert berunsur kebudayaan dan kegiatan pada 31 Oktober.

Lebih 38,000 pekerja migran menghadiri perayaan tersebut, yang menawarkan pelbagai kegiatan interaktif termasuk persembahan artis tempatan dan luar negara, cabutan bertuah serta permainan.

Ia berlangsung sekitar empat jam dari 6 petang hingga 10 malam.

Sambutan Deepavali itu dianjurkan Kelab NTUC, yang memberi tumpuan dalam menjaga kesemua kebajikan pekerja termasuk masyarakat asing di Singapura, kata kenyataan yang dikeluarkan Kelab NTUC dan Pusat Pekerja Migran (MWC) pada 25 Oktober.

Sejak Kelab NTUC mengambil alih pengurusan di tiga pusat – Tuas South RC, Terusan RC, Penjuru RC – pada Ogos 2024, ini merupakan acara besar pertama yang dianjurkan mereka.

Pengarah MWRC Kelab NTUC, Encik Ng Sin Ain, berkata mereka komited dalam menjaga kesejahteraan pekerja migran dan memberi mereka jaminan bahawa mereka tidak kesunyian di Singapura.

“Sambutan tahun ini adalah salah satu acara yang paling dinantikan pekerja migran kami. Kami mahu mencipta persekitaran mesra yang menghargai semangat dan budaya mereka,” kata beliau dalam kenyataan tersebut.

Pusat riadah itu berfungsi sebagai ruang masyarakat yang penting dengan pekerja migran dapat berehat selepas bekerja.

Tambahan itu, pusat tersebut juga menjadi wadah untuk pertukaran budaya serta interaksi sosial yang mampu memperkaya pengalaman pekerja migran di Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg